MYCHARGEMAN Forum

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
 

Topic: SEMINAR KESEDARAN AWAM BERKAITAN MEDAN ELEKTROMAGNET (EMF)

Post Info
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
RE: SEMINAR KESEDARAN AWAM BERKAITAN MEDAN ELEKTROMAGNET (EMF)
Permalink  
 

sebenarnya boleh buat aktiviti di bawah talian penghantaran tapi hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada TNB..Struktur kekal adalah tidak dibenarkan.. Antara aktiviti yang dibenarkan dengan kebenaran & syarat adalah seperti berkebun dengan jarak (pokok) mestilah tidak melebihi ketinggian yg dibenarkan..Tahap radiasi daripada talian penghantaran pula adalah rendah sebenarnya.. ST pernah buat ujian di talian2 penghantaran bagi membukti kesan radiasi daripada talian penghantaran adalah rendah kepada manusia..Sila bukak laman web ST..

__________________
ZD
Koperal
Status: Offline
Posts: 50
Date:
Permalink  
 

Nilai Jarak selamat talian penghantaraan TNB dgn awam utk bekalan 132kv 3meter utk 275kv 5 meter..tetapi dekat setiap papan tanda amaran di talian ade tertera jarak talian dgn tanah..sy selalu mengalami masalah bila membuat pengujian pada talian ini disebabkan induction voltage telalu tinggi yg boleh mggu bacaan ujian serta boleh merosakkan alat uji..disebabkan banyak talian crossbonding dengan live talian..

mengenai aktiviti tiada sebarang aktivi yg boleh dilakukan berhampiarn talian lagi2 bawah talian voltan tinggi..tidak dijangka bila berlaku fault pd talian boleh mengundang bahaya pada setiap aktivit di bawah talian..tetapi sy ade lihat juga ade yg buat kebun di bawah talian ini semua boleh mengundang bahaya..walaupun jarak itu selamat..tetapi risiko bahaya tetap ade..



__________________
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 

Berapakah jarak selamat antara talian penghantaran TNB dengan orang awam? Apa jenis aktiviti yang perlu dielakkan dan boleh dilakukan?



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Koperal
Status: Offline
Posts: 50
Date:
Permalink  
 

Bagi talian penghantaran TNB telah di adakan bagi mencegah bahaya pada orang awam..Jarak setiap talian TNB adalah selamat bagi orang awam..tetapi orang ramai perlu mengambil langkah berjaga2 bila berada kawasan penghantaraan TNB sentiasa patuhi papan tanda amaran yg ade pada setiap kawsan talian penghantaraan yg mudah dimasuki oleh orang awam..

sebarang aktiviti2 di larang lakukan berhampiran talian..disini oarng awam perlu peka terhadap persekitan tempat laluan mereka sehari..



__________________
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 

Mcamana pulak bagi yang menetap berhampiran talian penghantaran voltan tinggi?



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Koperal
Status: Offline
Posts: 50
Date:
Permalink  
 

Bagi yg berkerja di kawasan talian penghantaran di subsation PMU outdoor AIS risiko untuk EMF induction voltage amat tinggi jadi PPE mestilah sentiasa diamalkan dan dipraktikan..



__________________
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 

KENYATAAN MEDIA

SEMINAR KESEDARAN AWAM BERKAITAN MEDAN ELEKTROMAGNET (EMF)


27 Januari 2011, PUTRAJAYA: YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, hari ini telah merasmikan Seminar Kesedaran Awam Berkaitan Medan Elektromagnet (EMF) yang telah diadakan di Hotel Marriott Putrajaya.

Seminar Kesedaran Awam anjuran Suruhanjaya Tenaga (ST) tersebut telah dihadiri lebih 150 orang peserta yang terdiri daripada wakil Persatuan Penduduk sekitar Lembah Klang,  wakil jabatan dan agensi kerajaan, wakil syarikat pemaju hartanah serta wakil badan bukan kerajaan yang dijemput khas sebagai peserta.

Seminar tersebut diadakan bertujuan bagi menerangkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam isu EMF mengenai kesan EMF daripada infrastruktur pembekalan elektrik.  Mereka diharap dapat berkongsi pengetahuan yang diperolehi bagi menjelaskan fakta mengenai risiko EMF kepada organisasi mereka selepas seminar ini.

YBhg Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Suruhanjaya Tenaga dalam ucapannya telah menyatakan hasrat penganjur agar semua peserta akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan tepat mengenai ciri-ciri medan elektromagnet yang wujud di persekitaran infrastruktur pembekalan elektrik dan kesannya terhadap  kesihatan.

“Kami juga berharap tuan-tuan akan dapat menyampai dan menghebahkan maklumat yang diperolehi melalui sesi penerangan dan dialog. Pihak Suruhanjaya dan utiliti juga sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dari segi kepakaran dan bahan maklumat yang diperlukan,” tambah YBhg Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin lagi mengenai harapan penganjur kepada peserta seminar.

YB Dato’ Sri Peter Chin dalam ucapannya telah menyatakan terdapat peningkatan kes-kes bantahan orang awam terhadap  projek-projek perluasan dan pengukuhan infrastruktur pembekalan elektrik akibat kebimbangan mengenai risiko kesihatan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kepada EMF.

“Sekiranya bantahan sebegini tidak diatasi, Kerajaan khuatir ia akan membantutkan usaha pengukuhan infrastruktur pembekalan elektrik dan seterusnya boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi sistem pembekalan elektrik di negara kita pada masa hadapan” kata YB Dato’ Sri Peter Chin.

Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan telah menggariskan tiga (3) pendekatan bagi menangani isu risiko EMF dalam sektor tenaga iaitu:-

  • Mengguna pakai dan memantau perkembangan standard dan amalan badan-badan antarabangsa bagi penilaian dan pengawalan risiko EMF,
  • Memantau secara berterusan dengan kerjasama pihak utiliti, paras EMF di sekitar infrastruktur penghantaran dan pengagihan elektrik selaras dengan amalan terbaik yang digariskan oleh badan-badan antarabangsa, dan
  • Menyebarkan secara berkala perkembangan dan panduan terkini mengenai pengawalan risiko EMF kepada pihak industri dan orang awam.

“Saya juga ingin memberi jaminan di sini bahawa dalam melaksanakan projek-projek infrastruktur pembekalan elektrik tersebut, Kerajaan akan sentiasa mendengar dan berusaha untuk menyelesaikan apa-apa jua masalah yang dihadapi oleh orang awam, termasuk dalam mengatasi isu-isu berkaitan EMF.” tegas YB Dato’ Sri Peter Chin dalam ucapannya.

Beliau turut berharap agar seminar dan kajian yang telah dilakukan sebelum ini dapat meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap keselamatan EMF di infrastruktur-infrastruktur pembekalan elektrik di negara ini.

“Saya berharap tuan-tuan yang mewakili persatuan-persatuan pengguna dan penduduk mengambil peluang ini untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai isu EMF dan seterusnya bersama-sama pihak Kerajaan dan industri dalam usaha ke arah mencapai pembangunan infrastruktur pembekalan elektrik yang mapan untuk mencapai Wawasan 2020,” tambah beliau lagi.

Suruhanjaya Tenaga mendapat kerjasama daripada pihak Kementerian Kesihatan, Agensi Nuklear Malaysia serta Universiti Malaya dalam penganjuran seminar melalui kerjasama pakar-pakar dalam bidang EMF sebagai penceramah dalam seminar tersebut.

Antara perkara yang telah dibincangkan dalam seminar tersebut adalah  pengenalan kepada sistem bekalan elektrik di Malaysia,  pengenalan kepada medan elektromagnet dan kesihatan, standard dan perundangan berkaitan medan elektromagnet serta pendedahan EMF di talian atas dan bawah tanah.

Di samping itu, peserta-peserta seminar turut berkongsi kajian mengenai EMF yang dilakukan oleh Universiti Malaya serta pembentangan hasil kajian pengukuran medan elektromagnet di pencawang elektrik dan talian voltan tinggi yang dilakukan oleh Suruhanjaya Tenaga.  Seminar tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab antara barisan panel penceramah dengan peserta seminar.

Dalam majlis perasmian seminar tersebut, YB Dato’ Sri Peter Chin juga telah melancarkan penerbitan Buku Panduan “ Izinlalu Talian Pembekalan Elektrik – Hak dan Keselamatan Anda” terbitan Suruhanjaya Tenaga. Buku panduan tersebut menjelaskan dengan terperinci perihal berkaitan hak dan keselamatan pengguna serta paras medan elektromagnet di kawasan-kawasan awam yang berdekatan dengan infrastruktur pembekalan elektrik di Malaysia.

Suruhanjaya Tenaga berharap seminar ini dapat menepati matlamat penganjurannya dan berharap ianya akan dapat dianjurkan di seluruh negara pada masa akan datang.

Tamat



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Md Yuha Ismail
Ketua, Unit Promosi dan Komunikasi
Suruhanjaya Tenaga
Telefon: 03-8870 8531 / 8533 / 012-2363394
Faksimili: 03-88888636
Emel: yuha@st.gov.my



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

 
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard