MYCHARGEMAN Forum

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
 

Topic: Siapa Authorized Person?

Post Info
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Siapa Authorized Person?
Permalink  
 

Dalam keadaan apakah kita boleh meletakkan seseorang itu sebagai authorized person selain mempunyai kompeten sebagai Penjaga Jentera ELektrik untuk melakukan switching di Pencawang Elektrik?



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 

Tidak ada keadaan lain.. AP hanyalah mereka yang memiliki sijil kekompetenan Suruhanjaya Tenaga.. Walaupun org TNB digelar AP tetapi tidak memiliki sijil kekompetenan ST beliau juga tidak layak digelar orang kompetan dari segi Undang2 dan menjadi kesalahan..



__________________
ZD
Prebet
Status: Offline
Posts: 17
Date:
Permalink  
 

Tp kena igt staff TNB y nk ambik AP kena mnduduki peperiksaan n ditemuduga oleh jurutera y telah brkhidmat lama n mmpunyai pngalaman y luas.tidak timbul ksalhan wlaupn org tnb x ada sijil dr ST,sbb TNB adalah pemegang lesen n patut mgeluarkn sijil AP n CP kpd staffnya.

n 1 lg nk bgth ckit bhawa jgn perlekehkn sg org2 tnb sbb kena igt tnb adalh syarikat pengeluar tenaga n mengagihkan kpd planggan.tnb ada pusat latihan iaitu ilsas,klau nk ambik BO pn kena ambik kat sana n pengajar2 ilsas y ajar...jd tugas n bidang krja y dilakukn oleh tnb x sama mcm penjaga jentera tu.tp rmai jgk calon2 penjaga jentera ni y dtg training kat tnb,mgkin x ckup ilmu lg kot...yela klau kat luar nk jmpa olu & hfu pn susah.dlm bab overhead pulak,ada bare wire cooper,training kat tnb jgk br jmpa bnda2 baru ni,he3...

__________________
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
Jurutera tu, exam dengan sapa pulak?

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Lans Koperal
Status: Offline
Posts: 21
Date:
Permalink  
 
shbt..kite smua satu bidang...berkhitmat untk masyarakat...bekerjasama adalah jalan terbaik..x timbul isu perlekeh memperlekeh ok...peace (^_^)

__________________
DOM
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
Kesalahan tetap ada.. Tuan merujuk kepada pekeliling dahulu yang kini sudah dimansuhkan..Memang dahulu Ketua Pengarah JBE (kini ST) mengeluarkan satu pekeliling untuk majikan mengemukakan pekerja2 nya agar diberikan sijil kekompetenan (digelar sijil terhad).. Kerana ketika itu industri kekurangan orang kompeten.. Mereka akan ditemuduga oleh jurutera yang dilantik (menilai tahap kompetensi) supaya diberikan sijil kompeten terhad tersebut.. Kemudian pekeliling ini telah dimansuhkan.. Maka sesiapa dahulu yang memiliki sijil terhad adalah diwajibkan untuk memohon sijil terbuka (perlu menduduki exam teori, amali, & lisan) sama seperti calon2 lain..Jika lulus maka mereka akan mendapat sijil kompeten sebenar( sijil terbuka)

Jika didalam AKTA ABE 1990, takrifan orang kompeten adalah mereka yang memiliki sijil kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.. Bukan TNB, SESB, Sesco atau mana2 jua.. Bukan untuk memperlekehkan (tiada niat pun ), hanya sekadar untuk berkongsi perkara sebenar krn ramai yang tidak tahu @ tak ambil tahu perkara ini..Jika dalam mana2 kerja yang tertakluk kepada Akta & Peraturan (merujuk kepada ABE 1990 & PPE 1994), yang digelar orang kompeten sijil AP TNB (tapi tiada sijil ST) telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 ABE 1990.. Kerana itu TNB telah sedar, dan kini TNB dalam proses (telah dan sedang berjalan) untuk convert staf2 mereka yang AP (tetapi tiada sijil kompeten ST) untuk mengambil peperiksaan BO TNB (terbuka) yang dikendalikan oleh ST.



__________________
ZD
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
Jurutera tu juga bukan org yang meluluskan org kompeten tersebut..Mereka hanya mencadangkan sahaja calon dari syarikat mereka yg dirasakan layak..peringkat seterusunya adalah ditemuduga oleh panel2 dari JBE/ST..Kemudian jika lulus baru diberikan sijil terhad.. Di sini ditegaskan bahawa dari dulu lagi hanya JBE /ST sahaja yang layak menganugerahkan sijil kompeten..

ILSAS tu merupakan institusi yang ditauliahkan oleh ST.. Sama seperti tempat2 lain..Kena ingat tue..ST juga yang tentutkan spec, silibus, equipments dan tenaga pengajar mcm mana yang layak untuk mengajar.. Apa2 pun merujuk kepada ST sebab ST is a regulator.. Bukan TNB

__________________
ZD
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
Saya memuji Mr. Flying Squad sebagai melakukan aksi positif iaitu BERKOMUNIKASI. Pelbagai masalah boleh diselesaikan melalui komunikasi. Yang mana dapat kita lihat disini, menyebabkan kita revise ABE 1990 dan PPE 1994. Amat Bagus!

Walaubagaimanapun, kita semua tetap dibawah satu payung (ST) dan dinaung satu bumbung (ABE 1990 & PPE 1994). Boleh merujuk BAHAGIAN III, Seksyen 4 (a) hingga (m), sebuah seksyen diantara 56 seksyen didalam ABE 1990 dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, maka inilah diperbuat undang-undang oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tarikh 1 September 1990.

Jelas disini, Perlembagaan Malaysia telah mengiktiraf perkataan "Suruhanjaya" di dalam ABE 1990 dan PPE 1994 sebagai Suruhanjaya Tenaga yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 yang mana berperanan melaksanakan fungsi-fungsinya dan diantaranya termasuklah, seksyen 4 (a) untuk mengeluarkan lesen di bawah seksyen 9 Akta ini; yang mana ini merujuk kepada "pemegang lesen" iaitu ST mempunyai hak penuh dengan kelulusan nyata daripada Menteri sebagaimana yang disebutkan di dalam Seksyen 9 (6) (d) Pindaan Akta A1116, apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya. Yang mana ini menunjukkan bahawa pemegang lesen masih lagi tertakluk kepada terma dan syarat daripada ST untuk melaksanakan dan suaimanfaat tugas-tugas yang dikenakan oleh seksyen 4.

Kalaulah, Seksyen 19 dikuatkuasakan oleh ST. Apa yang akan berlaku?

Isu Orang TNB dan Orang kompeten yang dikategorikan sebagai "cap ayam" sebenarnya adalah isu sensitif, dan tak patut dikeluarkan perkataan "LEKEH", tidak perlu mendabik dada antara satu sama lain. Berbalik kepada kuasa tuhan, kenapa jari diciptakan tidak sama panjang? Masing-masing mempunyai peranan, saling membantu antara satu sama lain adalah yang terbaik.

Sememangnya anda pernah sentuh OLU dan HFU dsb. Pernahkah anda mengendalikan High Mast 24 kW, 40 M, lampu yang tertinggi di Asia Tenggara? Menyenggara Standby Pump Air Laut, Monitor Tower, Troubleshoot Slip-Ring 6.6kV? Tidak perlu menyentuh perkara yang agak jauh, apakah tidak menyalahi undang-undang apabila;

1. Melakukan Switching RMU 11kV dengan hanya memakai selipar CROC?
2. Membuat Physical Test menggunakan lampu display telefon bimbit sebagai pengganti lampu suluh?

Ini yang membuat saya agak keliru.


__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Prebet
Status: Offline
Posts: 17
Date:
Permalink  
 


smua pndapt di atas smuanya trbaik,tp stiap organanisasi tu ada peranan,tugas n klebihan masing2.ST adalh badan y mnyelia n TNB adalh syrikat utiliti...dua2 saling bkrjasama antara 1 sama lain.

isu y mac admin sentuh brkenaan pkai slipar masa buat switching n guna tel bimbit sbgai pngganti lampu suluh tu kira dari segi keselamatan n etika mmbuat krja mmg slah,tp ada jg org y buat krja mmg ikut spec y betul... jgn jdkn y ksalahan jer cntoh,y buat krja ikut spec n prosedur pn kena highlight kn jgk !!!

pengerusi ST y dulu pn dr TNB jgk kan,di sini trbukti pgalamn dr bekas pegawai2 tnb dprlukan dlm mngisi jwtn trtggi ST bg memperkukuhkn n mmntpkn operasi pentadbiran ST sbgai badan y mnyelia industri elektrik,mekanikal n gas di negara kita !!!

__________________
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
Good.. Positive thinking...

Cuma kita toksah la angkat2 sangat majikan kita, sedangkan majikan kita hidup kerana kita. Disebabkan kita rajin untuk tahu, maka pandailah kita tapi bukan majikan kita. Kekuatan sebuah negara kerana rakyatnya, bukan kerajaannya. Betul tak? So, tanda seruan xyah taip banyak sangat, takut org salah faham walaupun kita just nak berkomunikasi dengan baik. Ada x majikan kita sama-sama turun padang untuk ambil pusing masalah kita? Yang dia tau, hanya "Semua OK, Boss!".

Berbalik pada tajuk; Siapa Authorized Person?

Ada tak apa-apa bukti yang boleh menunjukkan seseorang itu Authorized Person untuk masuk ke dalam premis untuk menyambungkan bekalan?

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Koperal
Status: Offline
Posts: 50
Date:
Permalink  
 

pada stesen penghantaran TNB berkadar 132,275,500kv hanya AP sahaja yang layak melakukan switching..tetapi TNB sekarang banyak melakukan switching di sub station dengan di pantau AP kemudian switching di lakukan oleh NLDC control enginner..

Pada stesen yg baru atau penambahan peralatan perlu dilakukan pengujian yang dilakukan oleh kontraktor perkhidmatan elektrik yg berdaftar dengan ST..kemudian perkerja2 yang melakukan pengujian pada sistem penghantaran TNB perlu melalui proses pengambilan EAPhanya utk kontraktor sahaja menyikut sekatan voltan..yg bertindak sebagai ketua dlam kerja2 pengujian..Majikan saya mempunyai 4 EAP kerana kerja2 kt menguji sistem penghantaran TNB..EAP tidak boleh melakukn penyusuisan hanya bertindak sebagai ketua pengujian sahaja..

Untuk commissioning sistem penghantaran TNB jurutera perkhidmatan elektrik dari kontaktor perkhidmatan elektrik perlu bertindak sebagai orang kompeten yg membenarkan station itu untuk commissioning selepas proses pengujian pada keseluruhan pepasangan penghantaran selesai dan di saksikan oleh pihak TNB. kemudian disahkan oleh jurutera perkhdmatan elektrik..



__________________
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
good..

__________________
ZD
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
erm.. complete set..

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Prebet
Status: Offline
Posts: 17
Date:
Permalink  
 

mac  ni dh main isu snsitif,salah ke letak tnda seruan tu,adoiii,susah la mcm ni,klau bleh buang je tnda seru kat laptop tu sbb x guna. mac kena igt,ni bkn soal bangga dgn syarikat ke apa,sy dh bgth smua org n organisasi ada klbihan n tugas masing2...klau nk condem org atau syarikat mmg sy x stuju.bos mmg tnya krja beres jer,klaun x tnya, tu bkn bos namanya.

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thanks. Keep Communicate.

 

MAC Admin



-- Edited by MAC Admin on Wednesday 11th of May 2011 03:37:27 AM

__________________
Prebet
Status: Offline
Posts: 17
Date:
Permalink  
 
Maksud "Authorized Person" seperti yang digunapakai bagi negeri Sarawak adalah seseorang yang memiliki sijil kompeten dan beliau diberi kuasa mengesahkan permit kerja@PTW (kira ketualah tu). orang kompeten hanya boleh apply PTW tapi tak boleh nak jadi approver PTW tersebut. Authorized Person biasanya adalah orang yang amat berpengalaman dengan system pepasangan di permis tersebut. competent person boleh jadi seorang kontraktor yang datang mungkin sekali satahun ataupun seorang pakar dalam satu part sahaja. Sijil kompeten dikeluarkan oleh ST bagi Sabah dan S. Malaysia dan disarawak dikeluarkan oleh EIU manakala Authorized Person adalah dilantik oleh tuan punya system dengan syarat dia juga ada sekurang2nya memiliki sijil kompeten yang berpatutan.

__________________
Prebet
Status: Offline
Posts: 17
Date:
Permalink  
 

Ni br jelas...



__________________
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
kenapa di Sarawak tidak mengguna pkai Akta Bekalan Elektrik 1990? (tnya pada org Sarawak sendiri)

__________________
ZD
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
Soalan yg bagus jugak...

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Prebet
Status: Offline
Posts: 17
Date:
Permalink  
 
Kpd ex-ST dan warga MAC, mengapa sarawak tak mengunapakai akta bekalan elektrik 1990 seperti yang digunapakai di Sabah dan S. Malaysia. Ini adalah salah satu daripada hak yang diberikan oleh British kepada Sabah dan Sarawak dalam perjanjian menyertai Malaysia. Sabah telah melucutkan hak ini tetapi kami di Sarawak masih mengekalkan hak2 ini hingga kini. Sarawak juga mempunyai banyak undang2 lain yang masih dikekalkan seperti undang2 buruh dll..... satu lagi kalau orang Sabah/S.Malaysia nak masuk sarawak perlu pakai passport. Mengapakah sejarah ini tak dimasukan dlm buku sejarah yg diajar disekolah supaya semua rakyat Malaysia faham syarat2 penubuhan malaysia

Cukuplah dan jangan sambung cerita ini sebab ianya berkaitan politik dah hak2 dalam perjanjian malaysia.

__________________
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
right.. sensitif ni.. huhu..

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Rekrut
Status: Offline
Posts: 2
Date:
Permalink  
 
CP kontraktor tak boleh issue PTW, tak boleh usik pepasangan bernotis bahaya. Bekerja hanya di kawasan yang dibenarkan saja. HARAP sedar diri.

__________________
.
Rekrut
Status: Offline
Posts: 2
Date:
Permalink  
 
Setiap Authorised Person adalah orang kompeten, tetapi bukan semua orang kompeten itu adalah AP.Orang kompeten TNB adalah orang yang telah menduduki peperiksaan dalaman TNB. Akta yang ada sekarang ini adalah akta yang digubal oleh jurutera, jadi jangan tanya siapa yang memeriksa jurutera. Jurutera/Panel yang dilantik oleh TNB juga mempunyai kompeten . TNB yang dulunya CEB telah lama wujud sebelum Suruhanjaya Tenaga ditubuhkan. Peperiksaan ST dari A1 hingga B4 adalah mengikut sistem yang telah didesign oleh jurutera TNB. Orang kompeten ST hanya layak voltan setakat 33kv, jadi jangan mendabik dada sedangkan TNB telah mengoperasikan sistem penghantaran dengan voltan 500kv. Saya ulang semoga hadam, setiap Ap adalah CP, dan bukan semua CP itu adalah AP.

__________________
.
 
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard