Cara Kerja Pen Penguji Arus Elektrik (Electrical Test Pen)
Penguji Arus Elektrik (Electrical Test Pen) adalah peralatan pengujian yang biasa digunakan oleh juruteknik elektrik. Ia digunakan untuk memeriksa secara pantas samada wayar elektrik itu mempunyai kuasa elektrik atau tidak.
Test pen biasanya direka dalam bentuk pemutar skru. Hujung alat penguji ini perlu disentuh kepada bahagian konduktor pada wayar elektrik dan lampu penunjuk di dalam test pen tersebut akan menyala sekiranya wayar tersebut mempunyai kuasa elektrik
Test pen berfungsi berdasarkan rintangan antara badan manusia dengan bumi. Badan manusia akan bertindak sebagai perintang, di mana arus elektrik akan melalui badan manusia untuk kembali ke bumi. Arus tini tidak merbahaya kepada manusia kerana nilainya terlalu kecil.
Sekiranya dilihat dengan teliti pada bahagian dalam test pen, terdapat satu karbon hitam yang dipasang pada lampu penunjuk. Karbon tersebut bertindak sebagai perintang bernilai besar untuk mengecilkan nilai arus yang melalui badan manusia.
Gambar di bawah menunjukkan litar setara cara kerja test pen.
Sumber: http://zon152.blogspot.com
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.
tak bagus guna test pen lagi dah..skang guna voltage indicator.. (fluke)..dari jauh sudah boleh kesan kehadiran arus melalui medan magnet..keburukan test pen, arus tetap mengalir ke badan kita.. Sel2 badan kita sangat sensitif dengan arus.. boleh rosak sel2 badan..
sama la prinsip dengan fluke tu..dia detect medan magnet..sebab kalo ada arus mesti akan create magnetic field..sebab tu x perlu sentuh pengalir pun, (dari jarak 1 meter) dah boleh detect kat situ ada current..dia detect medan magnet yang dijana oleh arus..kalo besi berani (ada medan magnet gak), tp x leh la detect la..heheh
bagus jugak test pen ni... masa saya amik single phase dulu, ada wat wiring rumah.. nak trace wiring senang jugak time dok atas bumbung... tapi kena hati2 la.. ada supply..
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.