MYCHARGEMAN Forum

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
 

Topic: Pembumian elektrik

Post Info
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Pembumian elektrik
Permalink  
 

Pembumian elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang kejuruteraan elektrik, istilah pembumian elektrik merujuk kepada sambungan litar elektrik ke bumi, sama ada secara fizikal ataupun sebagai "laluan balik" ke punca kuasa elektrik, bergantung kepada aplikasi yang digunakan.

Rajah 1: Elektrod bumi (kiri) pada sebuah rumah di Australia. Perhatikan warna wayar bumi yang ditandakan dengan warna hijau-kuning.

Terdapat beberapa sebab mengapa litar elektrik dibumikan. Dalam sistem bekalan elektrik sesalur, sambungan ke bumi dilakukan atas sebab keselamatan, terutamanya bagi mencegah bahagian peralatan elektrik yang dapat disentuh oleh manusia daripada diuja dengan voltan tinggi yang berbahaya akibat kegagalan penebat elektrik, atau dengan kata lain, melindungi pengguna daripada kebocoran arus elektrik dengan menyediakan satu laluan elektrik ke bumi. Sambungan ke bumi juga boleh mengehadkan pembentukan cas elektrik statik semasa mengendalikan bahan mudah terbakar ataupun semasa membaiki peralatan elektronik. Bagi pendawaian kenderaan pula, semua peralatan elektrik kenderaan dibumikan ke badan kenderaan (tanpa sambungan secara fizikal ke bumi) bagi menyediakan satu laluan balik ke bateri, sekaligus menjimatkan penggunaan kuprum.

Isi kandungan

[sorokkan]

Sejarah

Sistem talian telegraf jarak jauh sejak tahun 1820 menggunakan dua atau lebih wayar untuk membawa isyarat serta arus balikan. Kemudian, satu penemuan baru, mungkin oleh seorang saintis Jerman bernama Carl August Steinheil pada tahun 1836-1837 [1], mendapati bahawa bumi boleh digunakan sebagai laluan balik bagi melengkapkan litar tanpa memerlukan wayar balikan. Walau bagaimanapun, sistem tersebut terdapat beberapa masalah, contohnya melalui talian telegraf jarak jauh yang dibina pada tahun 1861 oleh Western Union Company antara Saint Joseph, Missouri, dan Sacramento, California. Semasa cuaca kering, sambungan bumi sering membentuk rintangan tinggi, menyebabkan pengguna terpaksa menyiram air pada elektrod bumi bagi membolehkan telegraf berfungsi.

Lama kemudian, setelah telefon mula menggantikan telegraf, didapati bahawa arus di dalam bumi yang diaruh oleh sistem bekalan elektrik, landasan kereta api elektrik, sistem telefon dan telegraf, serta kilat menyebabkan gangguan yang tidak boleh diterima pada isyarat bunyi; oleh itu, sistem dua wayar diperkenalkan semula.

Keperluan bagi membumikan peralatan elektrik bermula hasil ciptaan plag 3 pin oleh Philip F. Labre, semasa beliau masih menuntut di Sekolah Kejuruteraan Milwaukee (MSOE). Dikatakan tuan rumahnya mempunyai seekor kucing yang suka melanggar kipasnya semasa datang dari arah tingkap. Setiap kali dia memalamkan kipas itu semula, dia akan terkena kejutan elektrik. Labre mendapati bahawa jika plag tersebut dibumikan, arus elektrik akan pergi ke bumi dan bukannya ke badan tuan rumahnya. Beliau memohon dan seterusnya diberikan paten bagi plag dan soket yang dibumikan pada 5 Jun 1928.[1] Setelah keperluan bagi pemasangan yang lebih selamat menjadi semakin ketara, sistem 3 pin yang dibumikan diwajibkan di kebanyakan negara industri.

Pendawaian pada sistem AC

Dalam sistem pendawaian bekalan elektrik sesalur arus ulang-alik (AC), wayar bumi merupakan wayar dengan sambungan elektrik ke bumi. Dengan menyambungkan peralatan elektrik ke bumi, sebarang kegagalan penebat akan menyebabkan arus elektrik mengalir ke bumi; jika tidak, peralatan elektrik tersebut akan diuja dengan voltan tinggi, mendedahkan pengguna kepada bahaya kejutan elektrik. Sambungan bumi yang betul akan menyebabkan peralatan perlindungan arus berlebihan untuk berfungsi bagi melumpuhkan litar yang gagal itu. Dengan turut menyambungkan objek logam yang tidak membawa arus elektrik bersama-sama ke bumi, sebarang kegagalan litar pada sistem tidak mengujakan voltan berbahaya pada bahagian logan berkenaan yang boleh menyebabkan kejutan elektrik.

Wayar bumi disambungkan ke satu atau lebih elektrod bumi. Selain sistem pendawaian, sistem perpaipan bekalan air dan gas ada kalanya turut dibumikan bersama. Ada kalanya paip bekalan air turut digunakan sebagai elektrod bumi tetapi ia diharamkan di beberapa negara yang menggunakan paip plastik seperti PVC. Selain itu, sesetengah antena radio dan televisyen serta sistem perlindungan kilat turut dibumikan.

Peralatan elektrik yang dipasang secara kekal biasanya disambung ke pengalir bumi kekal. Peralatan elektrik mudah alih pula mungkin turut mempunyai sambungan bumi melalui pin bumi pada plag masing-masing. (sila rujuk Plag dan soket AC domestik). Saiz pengalir bumi biasanya ditetapkan oleh pihak berkuasa kebangsaan.

Komponen yang wajib dibumikan

Antara komponen yang wajib dibumikan adalah seperti berikut:-

Jenis sistem pembumian

Piawaian antarabangsa IEC 60364 membahagikan sistem pembumian elektrik kepada tiga keluarga utama, dengan menggunakan kod dua huruf iaitu TN, TT, dan IT.

Huruf pertama menandakan sambungan antara bumi serta peralatan bekalan kuasa elektrik (seperti janakuasa dan transformer):

T : sambungan terus ke bumi (Bahasa Perancis: terre);
I : tiada titik sambungan ke bumi (pengasingan), kecuali melalui galangan tinggi.

Huruf kedua menandakan sambungan antara bumi serta peralatan elektrik yang dibekalkan kuasa:

T : sambungan terus ke bumi, bebas daripada sebarang sambungan yang lain ke bumi di dalam sistem bekalan;
N : sambungan ke bumi melalui rangkaian bekalan.

Rangkaian TN

Di dalam sistem pembumian TN, satu daripada titik pada penjana elektrik atau transformer disambungkan ke bumi, biasanya pada titik sambungan bintang dalam sistem bekalan tiga fasa. Badan peralatan elektrik dihubungkan ke bumi melalui sambungan bumi pada transformer.

TN-S-earthing.svg

Wayar pengalir yang menyambungkan bahagian berlogam yang terdedah dipanggil wayar bumi (PE). Pengalir yang disambungkan ke titik bintang pada sistem tiga fasa, ataupun yang membawa arus balikan pada sistem fasa tunggal, dikenali sebagai neutral (N). Terdapat tiga varian utama sistem TN:

TN−S : PE dan N merupakan pengalir berasingan yang hanya disambungkan bersama berhampiran punca kuasa.
TN−C : Pengalir gabungan PEN menggabungkan kedua-dua fungsi pengalir PE dan N.
TN−C−S : Sebahagian daripada sistem menggunakan pengalir gabungan PEN, yang kemudiannya berpecah kepada talian PE dan N secara berasingan pada satu titik tertentu. Pengalir gabungan PEN biasanya digunakan antara substesen dan titik masukan ke dalam bangunan, di mana pengalir PE dan N yang berasingan digunakan.
TN-S-earthing.svgTN-C-earthing.svgTN-C-S-earthing.svg
TN-S: Wayar bumi (PE) dan neutral (N) berasingan dari transformer ke unit pengguna, yang tidak disambungkan bersama pada mana-mana titik selepas titik pengagihan bangunan.TN-C: Pengalir gabungan PE dan N sepanjang sistem dari transformer ke unit pengguna.TN-C-S: Pengalir gabungan PEN dari transformer ke titik pengagihan bangunan, tetapi dipecahkan kepada pengalir PE dan N pada pendawaian dalaman kekal serta wayar kuasa boleh lentur.

Adalah tidak mustahil untuk menggunakan kedua-dua sistem TN-S dan TN-C-S daripada transformer yang sama. Contohnya, pelindung pada sesetengah kabel bawah tanah terkakis dan berhenti menyediakan sambungan bumi yang baik, maka sistem pembumian bagi rumah-rumah dengan sambungan bumi yang "kurang baik" didapati bertukar kepada TN-C-S.

Rangkaian TT

Di dalam sistem pembumian TT, sambungan bumi pengguna disediakan melalui sambungan tempatan ke bumi, bebas daripada sebarang sambungan pada penjana elektrik.

TT-earthing.svg

Rangkaian IT

Di dalam sistem pembumian IT, sistem pengagihan tidak mempunyai sebarang sambungan bumi, ataupun ia hanya mempunyai sambungan bergalangan tinggi. Di dalam sistem sebegini, satu alat pemantau penebatan digunakan untuk memantau galangan.

IT-earthing.svg



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 

Sambungan secara Rangkaian TT adalah yang terbaik dari segi keselamatan pengguna dan pihak pembekal.. Genius..Safety first..



__________________
ZD
Lans Koperal
Status: Offline
Posts: 21
Date:
Permalink  
 
apa yg harus kite lakukan bg meningkatkn kecekapan alat ELCB di kawasan yg sgt rendah sensitiviti sesuatu sistem pembumianya?(DOMESTIK)

__________________
DOM
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
kecekapan RCD tidak dapat ditingkatkan bro..(kilang dah design sebegitu rupa)..tapi apa yang boleh dibuat :-

1. Pastikan kepekaan RCD adalah sesuai (max 100mA dibenarkan oleh AKTA)
2. Bagi pepasangan tempat awam (guna 10mA, begitu juga di tempat basah.)
3. Pastikan saiz kabel pembumian adalah sesuai. (rujuk standard pendawaian Domestik & Industri).
4. Ikatan (skru) jangan ada longgar. kasi Ketat.
5. Masa nak pancang (tanam copper rod) tu, cari kawasan rintangan serendah mungkin (bawah 10 ohm).
6. Ujian2 jgn lupa (insulation test, continuity test, earth test, polarity test).
7. Guna RCD yang ada sticker SIRIM-ST (jangan pasang yang cap ayam).

__________________
ZD
Lans Koperal
Status: Offline
Posts: 21
Date:
Permalink  
 
Thnks...maaf,mksud sy memperbaiki kepekaannya d kwsn berintangan tinggi...seperti bnyk yg sy dgr,cntohnye menabur garam,serbuk besi,dan mcm2 lg yg mmg x pernah sy praktikan...ada x solution yg lebih terperinci dan jelas logiknye...?

__________________
DOM
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
ex-ST wrote:

kecekapan RCD tidak dapat ditingkatkan bro..(kilang dah design sebegitu rupa)..tapi apa yang boleh dibuat :-

1. Pastikan kepekaan RCD adalah sesuai (max 100mA dibenarkan oleh AKTA)
2. Bagi pepasangan tempat awam (guna 10mA, begitu juga di tempat basah.)
3. Pastikan saiz kabel pembumian adalah sesuai. (rujuk standard pendawaian Domestik & Industri).
4. Ikatan (skru) jangan ada longgar. kasi Ketat.
5. Masa nak pancang (tanam copper rod) tu, cari kawasan rintangan serendah mungkin (bawah 10 ohm).
6. Ujian2 jgn lupa (insulation test, continuity test, earth test, polarity test).
7. Guna RCD yang ada sticker SIRIM-ST (jangan pasang yang cap ayam).

-----

 

Good Info..

 

 



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
macam menabur garam tu sebenarnya solution untuk jangka masa pendek je.. jangan la buat macam tu (tak digalakkan malah bahaya sebenarnya).. Serbuk besi juga tidak memberi kesan penyelesaian jangka panjang.. Sebab benda2 macam ni akan diserap oleh tanah kemudian hilang... Perkara yang terbaik adalah :-

1. nak x nak, kena jugak cari kawasan yang berintangan rendah (bawah 10 ohm)
2. Tips dia, tanam copper rod tu dalam2.. (kalo boleh smpai jumpa kawasan lembab, ada air)

Tu je yang terbaik..

__________________
ZD
Lans Koperal
Status: Offline
Posts: 21
Date:
Permalink  
 
Thanks ex-ST...

__________________
DOM
Koperal
Status: Offline
Posts: 50
Date:
Permalink  
 

ade satu lagi kaedah..buat tanaman cooper road secara selari dengan penambahan cooper rod yg lain..



__________________
Lans Koperal
Status: Offline
Posts: 21
Date:
Permalink  
 
Yup..Ezrier,ini la yg selalu sy fkirkan,sebab pernah org lama ajar sy dulu..tp dia x terangkn secara terperinci..jd sy just tau buat tp x tau sebab n teorinye..boleh share ckit info psl ni Ezrier or sape2 yg tau?

__________________
DOM
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
bole rujuk buku2 tentang pembumian..cara ni kos sket, kena pkai banyak batang rod( 5@6)...ditanam secara selari rod2 tu..sambung2 kan rod dengan dawai bumi..ada gak yg guna jaring (tp cara ni x popular).

__________________
ZD
Lans Koperal
Status: Offline
Posts: 21
Date:
Permalink  
 
ok thnks ex-ST..

__________________
DOM
Prebet
Status: Offline
Posts: 17
Date:
Permalink  
 

tp klau elcb kat rmh asyik trip time hujan apa puncanya?hujan ckit msti trip

apa caranya utk mngatasi msalh ini?



__________________
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
selalu bila hujan disertai dengan kilat yang menyebabkan elcb trip..sebab bila kilat boleh menyebabkan surge pada talian..ELCB kamu gunakan mungkin very sensitive pada surge sebab menggunakan komponen electronic dalamnya..saya rasa masalah kamu tu mungkin sebab faktor2 berikut :

1. Harmonic
2. Masalah pendawaian.

kalo masalah harmonic agak sukar nak atasi, mungkin kamu boleh melaporkan pada TNB.. Catitkan berapa kekerapan kamu alami masalah ni dan rekodkan waktu kejadian. Mungkin TNB boleh buat sesuatu pada talian mcm memasang surge protective device (SPD).

2. Cuba hubungi kontraktor elektrik yang berdaftar dgn ST untuk check semula wiring di rumah kamu..Lakukan ujian2 mcm penebatan, pembumian, keterusan dll, untuk pastikan wiring dalam keadaan baik..

__________________
ZD
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
menarik..

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Prebet
Status: Offline
Posts: 17
Date:
Permalink  
 

Tp knapa utk overheadline hv abc 11kv & 33kv massenger wire tdk bleh dibumikn mcm lv abc?



__________________
Lans Koperal
Status: Offline
Posts: 48
Date:
Permalink  
 
bila dh buka cerita pasal PEMBUMIAN ni, saya nk tanya, di Malaysia menggunakan TT
T yang pertama membawa maksud PEMBUMIAN DARI PIHAK PEMBEKAL
T yg ke dua membawa maksud PEMBUMIAN DARI PIHAK PENGGUNA,

pembumian dari pihak pengguna 2 dkt tiang2 elektrik ke??
kalau dkt janakuasa, mcm mana pembumian dilakukan???


__________________
Lans Koperal
Status: Offline
Posts: 48
Date:
Permalink  
 
kalau penangkap kilat 2 mcm mana fungsi nya... uishhh ni nk kena bljar bnyk lagi ni......

__________________
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
pembumian pengguna di kebuk pembumian (tanam rod ) dalam tanah..

Genset ada pembumian pada body..

__________________
ZD
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
kalo medium AC voltage, NER digunakan untuk limit faults pada suisgear, transformer dan genset

__________________
ZD
Lans Koperal
Status: Offline
Posts: 48
Date:
Permalink  
 
NER tu NEUTRAL EARTH RESISTANCE kan???

di ambil dari star point,


__________________
Rekrut
Status: Offline
Posts: 2
Date:
Permalink  
 
ex-ST wrote:

macam menabur garam tu sebenarnya solution untuk jangka masa pendek je.. jangan la buat macam tu (tak digalakkan malah bahaya sebenarnya).. Serbuk besi juga tidak memberi kesan penyelesaian jangka panjang.. Sebab benda2 macam ni akan diserap oleh tanah kemudian hilang... Perkara yang terbaik adalah :-

1. nak x nak, kena jugak cari kawasan yang berintangan rendah (bawah 10 ohm)
2. Tips dia, tanam copper rod tu dalam2.. (kalo boleh smpai jumpa kawasan lembab, ada air)

Tu je yang terbaik..


 sy dh bt mcm diatas...tp ckit je reading resistance drop...



__________________
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
Earthing ni ada kaitan tak dengan Minyak Tx?

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Koperal
Status: Offline
Posts: 51
Date:
Permalink  
 
pembumian ader bper jenis?


__________________

"Great hopes make great men." Thomas Fuller

316698_114068092028117_110854369016156_71310_7801133_n.jpg

 
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard