Negara India iaitu sebuah negara Nuklear telah menjalankan projek penjanaan kuasa dengan menggunakan kincir angin, dimana pada masa ini, negara kita sibuk untuk menjadikan kuasa nuklear sebagai penjanaan, yang mana, teramat mahal dan memerlukan tenaga mahir yang ramai. Adakah kita mampu melaksanakannya?
Pada pandangan anda, apakah jenis penjanaan yang sesuai untu Malaysia?
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.
Jadi kes Chernobyl.. Kincir angin lagi bersih, nak banyak angin, kasi tarah la gunung ganang semua, letak kat area2 tsunami. Apa kata kalau guna tenaga dari sebuah alat yang boleh dijana dengan ombak, area negara lautan besar boleh gunakan benda ni.
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.
mcm2 tenaga bole guna..(ikot keperluan & teknologi).. kadang2 tenaga tu sumber dia unlimited tapi teknologi dia plak mahal (macam solar).. mcm nuklear ni, memang boleh jana tenaga yang banyak tapi sumber dia plak bole hasilkan sisa2 radioaktif..Skang sumber fosil dah limited..Negara perlu decide sama ada nak teruskan @ tidak program loji nuklear tu.. Sebab dijangka tahun 2030-2040, sumber fosil (minyak &gas) akan habis..Loji nuklear plak kalo nak bina, amek masa 20 tahun baru siap..so kalo nak start,kena start skang..kalo tak bila dah smpai 2030, negara kita akan mengalami krisis tenaga..
Kalau na bina loji nuklear jgn bina di sarawak dahlah, sarawak dah cukup dengan empangan bakun. kalau empangan runtuh kesannya sekali aje tapi kalau loji nuklear bocor kesannya bertahun-tahun. Biar orang sarawak hidup lebih sehat tapa pencemaran radiasi, gas asli disarawak masih banyak juga. kalau untuk kegunaan sendiri memang cukup untuk beratus tahun, tapi kalau untuk di jual keluar negara mungkin dlm 40 tahun akan abislah tu. Gas tak akan abis sebab ianya terhasil dari masa kesemasa, gas juga boleh terbentuk dengan reputan sisa2 seperti tumbuhan dan haiwan yang dipanggil biogas. macam di india sisa najis lembu digunakan bagi menghasilkan gas untuk memasak..... SELAGI ADA MATAHARI DAN BULAN SUMBER TENAGA TAK AKAN HABIS
Matahari mengeluarkan haba yang memanaskan permukaan laut dan menhasilkan hujan untuk mengisi empangan janakuasa elektrik, perbezan suhu disesuatu tempat juga akan mencipta angin untuk memutarkan kincir angin. begitu juga bulan yang mengelilingi bumi meyebabkan adanya pasang surut dan ombak setiap saat. Dalam perut bumi juga banyak tersimpannya tenaga...
sumber minyak ni satu hari akan habis jua. sehingga yg tinggal hanyalah keladak (hampas yg kotor) ..ahli sunnah dan hadis juga berkata, saat kiamat tiba, minyak ketika itu tiada lagi.. Kapal, jet,kereta kebal semua dah xleh pkai..perang pun pakai parang, lembing je..