MYCHARGEMAN Forum

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
 

Topic: Kilat bebola

Post Info
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Kilat bebola
Permalink  
 

Kilat bebola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah foto yang menggambarkan kilat bebola semula jadi, diambil pada tahun 1987 oleh seorang mahasiswa di Nagano, Jepun.

Kilat bebola atau petir bola adalah satu fenomena tenaga elektrik atmosfera yang kontroversi dan menjadi bahan perdebatan. Istilah ini merujuk kepada laporan kilatan, biasanya objek berbentuk bulat yang mempunyai saiz yang pelbagai iaitu dari sebesar kacang polong sehingga yang mempunyai ukur lilit beberapa meter. Hal ini kadang-kadang dikaitkan dengan ribut petir, tetapi berlangsung jauh lebih lama daripada kilauan beberapa saat kilatan petir.

Ujikaji makmal telah menghasilkan kesan yang mirip, yang mana sekilas pandang menyerupai petir bola, tetapi sekarang tidak diketahui perkara ini sebenarnya yang berkaitan dengan fenomena yang berlaku secara semula jadi. Data saintifik kilat bebola semula jadi sukar didapati disebabkan kekerapan yang kurang dan di luar jangkaan. Anggapan akan kewujudannya dibuat berdasarkan laporan orang awam, dan kerana itu menghasilkan penemuan yang tidak konsisten. Disebabkan ketidak konsistenan ini dan kekurangan data yang boleh dipercayai, hakikat kilat bebola masih belum diketahui.[1] Sehingga baru-baru ini, kilat bebola sering dianggap sebagai khayalan atau penipuan, tetapi beberapa perbincangan dan teori saintifik telah cuba untuk menjelaskannya.

Isi kandungan

[]

[] Ciri

Penggambaran kilat bebola berbeza-beza. Ia telah digambarkan sebagai bergerak ke atas dan bawah, ke samping ataupun mengikut trajektori tak terduga, mengapung dan bergerak dengan atau menentang angin; tertarik, [2] tidak terpengaruh oleh, ataupun tertolak daripada bangunan, orang, kereta dan objek lain. Beberapa kisah menggambarkannya sebagai bergerak melalui jisim pejal kayu atau logam tanpa kesan, sementara yang lain memerikannya sebagai memusnah dan melakur atau membakar bahan tersebut. Penampilannya juga telah dikaitkan dengan kabel elektrik[3] dan juga ketika badai dan juga cuaca tenang. Kilat bebola telah digambarkan sebagai lut sinar, lut cahaya, warna-warni, menyala rata, memancarkan api, filamen atau percikan api, dengan bentuk-bentuk yang pelbagai antara bola, bujur, titisan air mata, batang atau cakera.

Bebola ini telah dilaporkan memencar dengan berbagai cara, seperti tiba-tiba menghilang, menghilang secara berperingkat, diserap ke dalam objek, "meletus", meletup kuat, atau bahkan meletup dengan kuasa, yang kadang-kadang dilaporkan sebagai merosakkan. Kisah juga berbeza akan bahayanya bagi manusia, daripada membawa maut kepada tidak merbahaya.

[] Rujukan

[] Bacaan lanjut

  • Barry, James Dale (1980). Ball Lightning and Bead Lightning, New York: Plenum Press.
  • Cade, Cecil Maxwell; Delphine Davis (1969). The Taming of the Thunderbolts, New York: Abelard-Schuman Limited.
  • Coleman, Peter F. (2004). Great Balls of Fire—A Unified Theory of Ball Lightning, UFOs, Tunguska and other Anomalous Lights, Christchurch, NZ: Fireshine Press.
  • Coleman, P.F. 2006, J.Sci.Expl., Vol. 20, No.2, 215–238.
  • Golde, R. H. (1977). Lightning, Bristol: John Wright and Sons Limited.
  • Golde, R. H. (1977). Lightning Volume 1 Physics of Lightning, Academic Press.
  • Uman, Martin A. (1984). Lightning, Dover Publications.
  • Viemeister, Peter E. (1972). The Lightning Book, Cambridge: MIT Press.

Pautan luar



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
telah diriwayatkan bahaya rahsia2 langit itu dijaga oleh para malaikat.. rahsia2 langit termasuk rezeki kita, diturunkan daripada Allah kemudian ke langit.. Jin, syaitan yang cuba2 untuk mencuri rahsia ini akan dipanah petir oleh malaikat.. Mungkin bebola api tersbut adalah panahan2 ke atas jin itu (nak cuba2 curi maklumat ini sebab bomoh nombor ekor seru dia suh tengok2 masa depan nombor apa yang naik)..hehe.. Percaya kepada perkara ghaib termasuk dalam rukun iman..

__________________
ZD
 
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard