Apakah keperluan dan prosuder bagi memenuhi Peraturan-Peraturan Elektrik 1994- Bah IV peraturan 110, sub (3) yang menyatakan 'sesuatu pepasangan, selain dari pemasangan domestik, hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompetan sekurang-kurangnya sekali setiap lima (5) tahun atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh S.T'
1-Kenapa ada sesetengah tempat tak pernah buat dan tak kisah langsung keperluannya?
2-Apa yang perlu diuji, pendawaian litar akhir atau litar utama?
3-Siapa yang bertanggungjawab melakukan ujian dan seterusnya menentusahkan keputusan ujian?
1. Mereka x buat sebab kos, tiada hiraukan keperluan undang2 dan tak hiraukan keselamatan..
2. yang perlu diuji/diservis adalah semua yang melibatkan pendawaian litar akhir/utama, pemutus litar, peranti dll (nnt akan diceritakan lanjut)
3. Orang yang bertanggungjawab adalah org kompeten.. Ikut sekatan..kalo melibatkan pendawaian (pw4), kalo melibatkan voltan tinggi (jurutera servis ikot sekatan voltan)
Untuk pengetahuan semua chargeman yang mendaftar sijil competence, Yang terbaru dan ingin dikongsikan bersama ialah pihak auditor (persijilan ISO in manufacturing) turut mengenengahkan isu berkaitan segala jenis calibration yang perlu dipatuhi. Selain dari peralatan industri, plant,building dan utility turut kena ikut schedule calibration, Si auditor mempersoalkan kenapa hanya buat calibration setiap 2 tahun pada MSB sahaja dan tidak pada sub DB dan feeder pillar. Nasib agak baik selepas kami membentangkan proposal mencari sebut harga untuk kerja2 IR test dua bulan lepas. It become priority to us to make it before next year audit...
Kami juga dimaklumkan oleh Electrical contractor (ketika perbincangan sebut harga IR test) bahawa pihak kilang mungkin menghadapi masalah dengan pihak Insurance jika terjadi apa-apa kebakaran atau kemalangan disebabkan kegagalan berkaitan peralatan elektrik yang tidak selia dengan baik..