Mungkin terdapat beberapa topik yang menghendakkan anda memaparkan gambar atau diagram dan sebagainya. Namun begitu, forum hanya meminta anda untuk memasukkan URL.
Jika imej yang ingin anda paparkan disini hanya terdapat di PC anda;
1. Cari online storage untuk gambar seperti flickr, photobucket, fb, myspace etc yang mana sebuah tapak yang membenarkan anda untuk uploadkan gambar disana.
2. Jangan setkan album gambar anda pada PRIVATE sebaliknya setkan pada PUBLIC.
3. Arahkan mouse anda pada tengah imej/gambar dan klik butang kanan mouse anda, selectkan pada "copy image".
4. Klik kanan mouse anda dan pilih "paste" bahagian text forum dimana anda hendak letakkan di dalam post anda. Anda boleh adjustkan samada untuk saiz sebenar atau lebih besar.
Jika imej yang anda ingin letakkan ada di mana-mana di Internet, sila ikut Langkah 3 dan 4.
Selamat Mencuba!
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.