Kriteria yang perlu diambilkira ialah keupayaan dua gelong yang tertinggi mengeluarkan pancutan air 5 igpm dan setiap pancutan sejauh 20 kaki. Manakala keperluan air adalah dari tangki bekalan secara bersendiri dan yang biasanya dibuat dari bahan ‘pressed steel’.
Sistem ini memerlukan 5 igpm air bagi setiap gelong hos akan tetapi hadnya ditetapkan kepada 30 igpm iaitu keperluan untuk 6 buah gelong hos. Bekalan air pula ditetapkan seperti berikut:
·Hos pertama 500 gelen
·Hos kedua250 gelen
·Hos ketiga250 gelen
·Hos keempat250 gelen
·Hos kelima250 gelen
·Hos keenam250 gelen
·Hos ketujuh250 gelen
Ini bermakna sistem yang mempunyai empat hos memerlukan 1,250 gelen, tetapi sistem yang mempunyai tujuh hos dan lebih memerlukan 2,000 gelen.
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.