MYCHARGEMAN Forum

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
 

Topic: Apa untungnya trafik tinggi di MAC Forum?

Post Info
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Apa untungnya trafik tinggi di MAC Forum?
Permalink  
 

Pelancaran MAC Forum tidaklah berasaskan keuntungan yang mana pada kebiasaan kita ketahui adalah berkaitan sumber pendapatan. Ini adalah secara total tidak benar dan tidak pernah sesekali berlaku samada di CMC mahupun di MAC Forum seperti yang ada pada hari ini.

Kewujudan Forum/web/blog dan sebagainya adalah semata-mata untuk menyatukan seluruh warga Chargeman di Malaysia dan tidak lebih dari itu. namun, kerja-kerja menyatupadukan sesebuah institusi bukanlah suatu kerja yang mudah, banyak masa dan kewangan perlu dikorbankan samda di segi pembayaran bil internet, telefon, kertas kerja, idea dan tenaga serta banyak lagi yang perlu diambil kira.

Walaupun begitu, CMC @ MAC amat tidak ingin sekali-kali untuk meminta sebarang bayaran daripada ahlinya untuk membangunkan CMC malah ingin sekali memberikan sebarang cenderahati yang mana setiap individu di CMC @ MAC menjadi sebahagian dari nyawa CMC @ MAC sendiri sehinggalah ke hari ini. Pengorbanan warga CMC @ MAC walau menghantarkan 1 patah perkataan pun, sudah menjadikan CMC @ MAC itu hidup.

Jadi disini, CMC @ MAC mengambil suatu inisiatif lain untuk mengumpulkan dana yang akan terjana secara automatik melalui manipulasi sumber dan memaksimakan penggunaan atau kelebihan yang ada di internet demi membangunkan CMC @ MAC untuk semua ini. Iaitu, dengan peningkatan trafik dari semasa ke semasa akan menyebabkan banyak pihak melihat web ini mampu menjadi papan iklan yang mana secara purata pelawat di MAC Forum adalah 167 pelawat/hari. Dan jika dianalisis, 16.7 pelawat akan membca sedikit sebanyak iklan yang ada disini dan sekurang-kurangnya 1.67 pelawat akan tertarik tentang iklan serta 0.16 pelawat akan menjadi pelanggan terhadap pemilik iklan tadi.

Apa pula jika warga MAC dan meningkatkan trafik sehingga 1000 pelawat sehari? Mungkin sahaj tidak menjadi suatu yang sia-sia untuk mana-mana perniagaan menghantarkan iklan disini secara PERCUMA. Dan target MAC adalah 10,000 pelawat/hari adalah amat membanggakan untuk mana-mana pihak tadi  melabur disini? Dan ini akan membinakan dana yang dipersoalkan tadi. Yang mana dapat membantu untuk meningkatkan kemajuan ekonomi alternatif yang mana mungkin sahaja dapat membiayai segala aktiviti luar CMC @ MAC atau mungkin sahaja suatu yang tidak dapat dijangka dapat dibina suatu hari nanti?

Ayuh bersama untuk terus memeriahkan lagi Web Forum ini yang mana adalah sebuah Web Forum Chargeman yang pertama di Malaysia! Ayuh teruskan berkomunikasi, berkongsi idea dan pengalaman serta pengetahuan untuk sama-sama membina jati diri dan professionalisme Chargeman seluruh MALAYSIA!



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Rekrut
Status: Offline
Posts: 6
Date:
Permalink  
 
Assalamualikum Tuan Admin;

Macam suram je forum? Mana geng2 chargeman yang lain biasanya online waktu puncak bila? Hehehehe...

__________________
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
Maaflah, Chargeman tak pandai guna PC.

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

 
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard