MYCHARGEMAN Forum

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
 

Topic: CMC E-SAFE: Kes Renjatan Elektrik di Akhbar (2011-2013)

Post Info
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
CMC E-SAFE: Kes Renjatan Elektrik di Akhbar (2011-2013)
Permalink  
 

BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN CARIAN ANDA BAGI KATA KUNCI RENJATAN ELEKTRIK (hmetro 2011-2013)

  • Datuk, cucu mati terkena renjatan elektrik

    2012/05/10

    JAKARTA: Mayat lelaki berusia 58 tahun dan cucu lelakinya berusia 15 tahun ditemui terapung di kolam ikan di hadapan rumah mereka di Kampung Sidomulyo, Wonosobo di Tengah Jawa, semalam.

  • Kaji alat perlindungan automatik

    2011/03/29

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Malaysia memastikan alat perlindungan automatik digunapakai bagi pemasangan kabel elektrik terutama di kawasan tumpuan ramai.

  • Hampir maut terkena renjatan elektrik

    2013/09/27

    Beijing: Seorang lelaki yang terkena renjatan elektrik selepas memanjat tiang elekrik setinggi 10 meter dan tersentuk kabel terselamat selepas kakinya terbelit, mengelaknya daripada jatuh ke bawah.

  • TNB laksana pemeriksaan menyeluruh

    2012/06/05

    KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa melaksanakan pemeriksaan menyeluruh terhadap pemasangan elektrik sedia ada bagi memastikan perkhidmatannya berada dalam keadaan teratur dan terancang.

  • TNB laksana pemeriksaan menyeluruh

    2012/06/05

    KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa melaksanakan pemeriksaan menyeluruh terhadap pemasangan elektrik sedia ada bagi memastikan perkhidmatannya berada dalam keadaan teratur dan terancang.

  • Terkait arus maut

    2012/07/24

    IPOH: “Dia menggelupur hampir tiga minit ketika badannya terkena renjatan elektrik dan saya nampak kepala serta tubuhnya berasap,” kata Mohd Faizal Abdul Aziz, 23, yang melihat rakannya, Riduan Hashim, 31, terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah, petang kelmarin.

  • Wanita maut kena renjatan pemanas air

    2011/06/06

    BANGI: Seorang wanita berusia 26 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai berpunca daripada alat pemanas air di bilik mandi rumahnya di Kampung Aman, di sini, kelmarin.

  • Lembik disambar karan

    2012/05/31

    MELAKA: “Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan.”

  • Tubuh melekat

    2013/06/11

    Ranau: Seorang lelaki yang sedang menyelenggara talian milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), maut dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya ‘melekat’ di tiang elektrik selepas terkena renjatan di Kampung Kemburongoh, Jalan Ranau-Tambunan, dekat sini, petang kelmarin.

  • Pemilik boleh dipenjara sehingga lima tahun

    2012/06/22

    KUALA LUMPUR: Polis masih menjalankan siasatan kejadian tiga lelaki melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda penyamun di Mahkamah Jalan Duta, di sini sehingga menyebabkan seorang wanita hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila terkena pistol renjatan elektrik.

  • Renjatan dalam air

    2011/11/12

    KAJANG: Penggunaan penjana elektrik mudah alih menangkap ikan menjadi punca dua beranak ditemui mati berpelukan selepas terkena renjatan elektrik di sebuah anak sungai berhampiran Sungai Langat, di sini, petang kelmarin.

  • Pemuda maut kena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

    2012/12/13

    BESUT: Seorang pemuda berusia 25 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt ketika cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawangan Kubang Ikan Besut dekat Kampung Gong Bayor di sini, malam tadi.

  • 2 mati kena karan

    2012/04/01

    TANAH MERAH: Hasrat dua sahabat memasang bendera sebuah parti politik yang diikat pada buluh di papan tanda amaran talian voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan berakhir dengan tragedi apabila maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Tengah Bukit Panau, di sini, kelmarin.

  • Lelaki dipercayai cuba curi kabel elektrik maut

    2012/02/23

    SEREMBAN: Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik, dipercayai ketika cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Munawir, di sini, hari ini.

  • 4 kemungkinan kena renjatan

    2011/12/24

    KUALA LUMPUR: “Kegagalan fungsi pemutus litar, kerosakan produk dan penggunaan barang tanpa kelulusan Sirim menjadi antara kemungkinan menyebabkan berlaku renjatan elektrik ketika menggunakan alat pemanas air,” kata Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Wazir Mustafa.

  • Mati lap meter elektrik

    2011/05/19

    ALOR SETAR: “Arwah ada minta kain untuk mengelap air yang meleleh di kotak suis utama dan tiba-tiba saya dengar dia menyebut Allahuakbar dengan lantang,” kata Mahadir Din, 52, pemilik rumah tempat Jefrydin Saari, 32, maut ketika sedang melakukan kerja pendawaian di Kampung Sakan, Jalan Teluk Kumbar, di sini, petang kelmarin.

  • Karan mengalir dalam tubuh

    2011/05/19

    ALOR SETAR: “Arwah ada minta kain untuk mengelap air yang meleleh di kotak suis utama dan tiba-tiba saya dengar dia menyebut Allahuakbar dengan lantang,” kata Mahadir Din, 52, pemilik rumah tempat Jefrydin Saari, 32, maut ketika sedang melakukan kerja pendawaian di Kampung Sakan, Jalan Teluk Kumbar, di sini, petang kelmarin.

  • Mati pegang wayar hidup

    2013/10/04

    Sandakan: Seorang pengutip besi buruk mati apabila terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil kabel yang disangka terbuang di Kawasan Perindustrian Ringan SEDCO, Batu 3 1/2, di sini, semalam.

  • Kedua-dua tangan dipotong

    2011/01/21

    KLANG: “Keadaan adik saya masih lemah. Dia selamat menjalani pembedahan jam 12 tengah malam semalam (kelmarin),” kata Maryuni Miskon, 32, kakak kepada Muhammad Hairuman, 22, ketika dihubungi, semalam.

  • Suami, isteri mati direnjat alat pemanas air

    2013/09/10

    Kuala Lumpur: Bayi berusia enam bulan menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas ibu dan bapanya warga Jepun meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik dipercayai daripada alat pemanas air dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Jalan Kiara 2, pagi semalam.



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

 
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard