Penyampaian maklumat secara berforum dilihat semakin tidak popular dengan kehadiran medium lain yang lebih mesra pengguna seperti FB, Twitter dan sebagainya memaksa pihak kami untuk menyediakan sebuah lagi medium penyampaian maklumat yang masih lagi efektif hingga masa ini iaitu menerusi laman web.
Jadi, kami memutuskan membangunkan sebuah lawamn web bercirikan perkongsian maklumat keselamatan berbahasa melayu, selain memberi pendedahan tentang Bahaya Elektrik, juga dapat memperkayakan sumber tentang Dunia Elektrik didalam Bahasa Melayu dimana dapat diterima pakai oleh seluruh Masyarakat Malaysia termasuk di bandar dan pedalaman umumnya.
Laman ini baru sahaja dilancarkan hari ini serta maklumat-maklumat dan artikel terkini diintegrasikan terus ke page FB Bahaya Elektrik serta mempunyai rangkaian-rangkaian terus ke pelbagai agensi yang menyokong maklumat elektrik termasuk agensi kerajaan, swasta, kontraktor elektrik, orang kompeten dan pelbagai lagi.
Diharap anda dapatlah mengunjungi laman ini serta jika berminat menyertai kami secara sukarela dalam membantu memberi pendedahan umum tentang Bahaya Elektrik, Sila KLIK SINI.