Apa pandangan anda tentang peperiksaan kekompetenan hanya boleh diambil melalui institusi bertauliah dan tidak lagi boleh diambil melalui persendirian?
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.
Setuju.. Institusi bertauliah telah diberi peruntukan kewangan yang banyak dari kerajaan dengan fasiliti yang bagus dan tenaga pengajar yang mahir dan dipantau serta ditauliah oleh ST.. Ini juga dapat mengelakkan calon2 dari tertipu dengan pergi ke kelas2 kekompetenan (persendirian) yang sesetengahnya hanya mengaut keuntungan sahaja malah menjanjikan calon akan lulus, padahal calon tersebut akhirnya gagal (banyak kes macam ini terjadi).. Wpun di institusi calon nak amek AO contohnya, akan ke kelas selama 2 tahun (full time) tapi ia memberi jaminan bahaya calon akan dapat AO (jika tidak ponteng kelas).. Bg saya ilmu kekompetenan ini tidak akan mudah diperolehi hanya dengan 6 bulan shj malah mungkin makan masa bertahun (paling sesuai 2 tahun) dengan segala pendedahan diberikan (amali & praktikal)..Jadi bagi sesiapa di luar sana yang mahukan segera (sijil kompeten) walupun pengalaman baru setahun jagung baik lupakan shj hasrat anda. Kerana selepas ini tiada lagi cara mudah kerana anda yang mahukan kompeten perlu ke institusi bertauliah, barulah anda akan lahir sebagai orang kompetan yang sebenar jesteru dapat memartabat industri ini..Sekian