Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem pendawaian bagi bangunan di Malaysia.
Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Intallations of Building’, MS 1936:2006 ‘Electrical Intallations of Building - Guide To MS IEC 60364’ dan MS 1979:2007 ‘Electrical Intallation of Building – Code of Practice’. Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa dengan piawaian pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi dengan piawaian bagi wayar pengalir yang sudah berubah.
Menurut Piawaian MS IEC 60038, sistem bekalan elektrik bagi pengguna domestik di Malaysia menggunakan bekalan elektrik satu fasaAC 230 V (RMS, julat +10%, -6%) 50 Hz; ataupun tiga fasa AC 400 V (RMS, julat +10%, -6%).
Sistem pendawaian
Pendawaian tersembunyi dilakukan dengan membuat alur pada dinding bangunan.
Pendawaian yang menggunakan tiub PVC di Eropah.
Dua soket piawai 13 A.
Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara terdedah ataupun tersembunyi. Pendawaian secara tersembunyi lazimnya dilakukan semasa pembinaan bangunan dengan membuat alur untuk dawai elektrik pada dinding bangunan. Namun demikian, kelemahan utama kaedah ini ialah pengguna mungkin menghadapi risiko kejutan elektrik sekiranya pengguna memaku atau memasang skru pada dinding, misalnya untuk memasang rak buku ataupun penyangkut baju. Dahulunya, kabel elektrik yang digunakan disalut dengan penebatgetah, tetapi kemudiannya digantikan dengan PVC kerana penebat getah tidak tahan lama serta mudah rapuh dan haus mengikut masa.
Di Malaysia, kabel yang ditetapkan bagi tujuan pendawaian adalah berpenebat PVC serta berpengalir kuprum atau aluminium tetapi bagi kabel dengan luas keratan rentas pengalir kurang daripada 16 mm², hanya pengalir kuprum sahaja yang dibenarkan.
Perlindungan arus
Terdapat tiga bentuk perlindungan yang disediakan pada unit pengguna dalam sistem pendawaian elektrik daripada bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti litar pintas, kilat, arus berlebihan ataupun kebocoran arus elektrik, iaitu:-
Suis utama - Pensuisan serta perlindungan daripada arus berlebihan
Sebagai tambahan, peralatan elektrik yang menggunakan piawaian BS 1363 iaitu melalui plag piawaian 13 ampere turut dilindungi fius 13 A sebagai perlindungan tambahan daripada lebihan arus elektrik.
Pemasangan mata suis dan soket
Kesemua suis dan soket yang digunakan dalam sistem pendawaian di Malaysia direka bentuk untuk dimuatkan pada kotak pemasangan piawai berbentuk segiempat sama, bersaiz 86 mm x 86 mm, seperti yang tertakluk pada piawaian BS 4662. Terdapat juga kotak pemasangan berkembar bersaiz 143 mm x 86 mm bagi menempatkan dua petak suis atau soket piawai.
Mata soket yang digunakan direkabentuk untuk digunakan oleh plag piawai 13 ampere Jenis G (BS 1363) serta dilengkapi dengan suis. Terdapat juga peralatan elektrik yang menggunakan plag 2 pin 2.5 ampere (Jenis C; juga dikenali sebagai "Europlug") yang boleh dipalamkan ke soket BS 1363 menggunakan penyuai khas. Bagi peralatan berarus lebih tinggi seperti pendingin udara, biasanya soket 15 ampere Jenis M (BS 546) digunakan.
Pendawaian elektrik mestilah dibumikan bagi menyediakan perlindungan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik ke bumi dengan menyediakan laluan berintangan rendah ke bumi. Komponen utama pendawaian (yang tidak membawa arus, seperti pembuluh logam), rangka bumbung yang diperbuat daripada logam serta peralatan elektrik (terutamanya yang menggunakan motor elektrik serta unsur pemanas) adalah antara komponen yang wajib dibumikan.
Wajib bro..ia tertakluk dalam Peraturan Elektrik 1994.. Sebelum submit bekalan, Pendawai (org kompeten) hendaklah menguji/menyelia kerja2 tersebut dan diakui dan ditandatangani dalam borang G & H.. Then baru TNB masuk supply.. Perkara ni paling mustahak..Jika berlaku apa2, Pendawai tersebut akan dipertanggungjawabkan, jadi dia mestilah buat kerja betul2,jgn cincai je..
tetapi kerja2 pengujian ni kontarktor tak buat pun..siap je wiring terus masuk bekalan nak test dulu..borang pengujian main tulis je semua ok..lepas tu borang penyiapan dan pengujian di tandatangani..
ujian yg penting je seperti earth test..
ujian insulation test,polarity,earth loop resistance,rccb test..tak buat pun..tapi result ade..
ezrier : jika ternampak perkara2 mcm ni sila laporkan terus pada Suruhanjaya Tenaga..Bahaya ni..skang boleh buat aduan online je..kita kena bertindak, jgn bagi kontraktor2 ni naik lemak..