MYCHARGEMAN Forum

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
 

Topic: Mikro-Hidro ganti Gasoline

Post Info
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Mikro-Hidro ganti Gasoline
Permalink  
 

Kerajaan Selangor melancarkan projek mikro hidro berasaskan komuniti dengan menjana tenaga elektrik dari sungai melibatkan 25 buah rumah di kampung Orang Asli Tanjung Rambai, Hulu Langat.

Pengerusi jawatankuasa tetap pelancongan,hal ehwal pengguna dan alam sekitar, Elizabeth Wong berkata, projek yang julung kalinya diadakan di negara ini akan dilaksanakan dan dimajukan oleh penduduk orang asli yang menjadi perintis bekerja secara sukarela.

Pelancaran oleh YB Elizabeth Wong

Pelancaran oleh YB Elizabeth Wong

Menurutnya, sebelum ini, penduduk orang asli terpaksa keluar untuk memperolehi minyak gasoline menjana elektrik pada sebelah malam tetapi menerusi projek mikro hidro mereka boleh mendapatkan tenaga elektrik dari sungai berdekatan dengan rumah mereka.

“Sehubungan itu, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM15,000 daripada jumlah keseluruhan RM80,000 ditaja bersama syarikat korporat serta badan bukan kerajaan (GLC) untuk membeli mesin mikro hidro di mana ia merupakan satu pendekatan daripada kerajaan Selangor memberdayakan warga orang asli di negeri ini.

Warga OA Tempatan

Warga OA Tempatan

“Apa yang penting keluarga orang asli tidak perlu bergelap khususnya anak-anak mereka ingin mengulang kaji pelajaran waktu malam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran projek mikro hidro berasaskan komuniti di perkampungan Orang Asli Tanjung Rambai, Hulu Langat, semalam.

Ditanya tempoh membina mikro hidro, Elizabeth berkata, ia mengambil masa kira-kira enam bulan.

“Saya berpendapat projek ini memberi banyak manfaat, menambah sumber pendapatan dan aktiviti sosio ekonomi penduduk orang asli di kawasan ini,” ujarnya.



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

 
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard