Selain menggunakan fosil sebagai bahan penjana tenaga elektrik di Pelantar minyak, adakah terdapat cara lain untuk penjanaan elektrik yang lebih bersih dan berbaloi?
__________________
Henry Ford Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.
kincir angin pun ok sebagai tenaga tambahan.. pembumian di pelantar dilakukan direct trus ke laut la..dengan mengandaikan rintangan air laut adalah rendah..
Soalan-soalan korang ne semua berkaitan dengan kerja-kerja harian aku sekarang. Penjanaan tenaga di pelantar minyak dan gas tak banyak beza dengan penjanaan didaratan. Penjana utama biasanya menggunakan gas yang diperolehi secara terus, gas ini lebih bersih dibandingkan dengan bahan bakar fosil seperti diesel. Voltan yang dijanakan biasanya 6.6KV, 3.3KV atau 415KV selama 24jam sehari. Janakuasa diesel biasanya hanya untuk standby sahaja saiznya agak kecil berbanding janakuasa gas. sebuah pelantar menggunakan kuasa hampir sama atau lebih besar daripada kuasa yang digunakan untuk sebuah bandar dan boleh mencapai 15Megawatt.
MSB kat pelantar ne sama aje dgn MSB didaratan cuma relay2 yang digunakan lebih advanced dan sensitif kerana pelantar adalah kilang pengecop duit. Pembumian biasanya akan disambung terus ke body pelantar, macam ditempat aku rintangan pembumian amat baik dalam 0.04ohms