MYCHARGEMAN Forum

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
 

Topic: PERATURAN ELEKTRIK 1994 MENGENAI KESELAMATAN

Post Info
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
PERATURAN ELEKTRIK 1994 MENGENAI KESELAMATAN
Permalink  
 

 

1.     PERATURAN ELEKTRIK 1994 MENGENAI KESELAMATAN

 

19(1) Pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesan dan gambar rajah sambungan-sambungan yang dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan papan suis itu.

 

19(2) Alas getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklah diletakkan diatas lantai dihadapan setiap papan suis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseorang pengendali.

 

24(1) Suatu kabel fleksibal bagi radas mudah alih hendaklah disambungkan kepada sistem dengan cantuman kekal atau palam (plug top) dan soket outlet yang dibina dengan sempurna.

 

24(3) Suatu bahagian logam radas mudah alih yang terdedah hendaklah dibumikan secara berasingan dan mana-mana penutup logam konduktor hendaklah dibumikan.

 

29.  Apabila terdapat mana-mana bahagian sistem atau sesuatu pepasangan tidak digunakan, bahagian itu hendaklah diasingkan daripada punca tenaga dan tidak boleh dibiarkan bertenaga.

 

32(5) Suis tertutup dan pemutus litar selain daripada suis lampu hendaklah mempunyai tanda kedudukan “ON” dan “OFF” yang ditunjukkan dengan jelas.

 

32(6) Suis, pemutus litar dan papan fius hendaklah dilabelkan untuk menunjukkan dengan jelas litar yang dikawalnya.

 

32(7) Penggunaan kabel fleksibel bagi radas mudah alih hendaklah dielakkan dan jika tidak dapat dielakkan kabel yang digunakan itu hendaklah sependek yang mungkin.

 

38(1) Suatu notis “DILARANG MASUK” hendaklah diletakkan di luar tempat yang mengandungi kelengkapan elektrik jika gangguan tanpa kebenaran pada kelengkapan itu adalah dijangkakan dan jika gangguan sedemikian adalah membahayakan.

 

110(1) Sesuatu pepasangan elektrik hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

 

110(2) Tanggungjawab  untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya atau pengurusan atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya.

 

110(3)Mana-mana geganti (relay) dan peranti pelindungan (protection devices) sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, diuji dan ditentuukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

 

111(5) Tiada orang kompeten atau orang dibawah kawalan orang kompeten boleh menghidupkan semula mana-mana suis sehingga dia pasti bahawa semua orang sudah tiada pada litar berkenaan dan telah diberi amaran secukupnya bahawa litar itu akan dihidupkan.

 

111(6) Tiada seorang pun boleh menggagalkan, membuang atau merosakkan sesuatu peranti (device) keselamatan yang dipasang berkaitan dengan atau untuk digunakan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan.

 

113. Tiada kerja atau pengendalian dibawah kawalan orang kompeten boleh dimulakan sehingga arahan bertulis telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang dibawah kawalannya.

 



__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
good..tapi majikan selalu abaikan benda2 ni..tanggungjawab org kompeten untuk menegur majikan..

__________________
ZD
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
Peraturan 113 agak sukar didapati pada mana-mana industri...

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
Solution??

__________________
ZD
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
berbalik pada ketegasan seseorang kompeten itu sendiri dalam melaksanakan tugas...

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
yup..good..

__________________
ZD
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
Sekarang ni, rasuah dah tak boleh main lagi.. kastam pun dah goyang, apa lagi tauke2 besar.. Ambil peluang ni, Buka Akta...

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Lans Koperal
Status: Offline
Posts: 21
Date:
Permalink  
 
work permit masih dalam kawalan chargeman...selagi x kluar permit slagi tu kerja pape pun xleh jln...wlupun sbgai pekerja kpd majikan,kite ttp ade hak utk berbuat demikian demi keselamatan..dlm clause perjanjian dgn majikan mgkin kite kalah..tp dari sudut undang2 kite berhak..

__________________
DOM
Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
good..Undang2 ABE 1990 digubal di Parlimen dan diiktiraf di Mahkamah..Apa perlu kita takut??

__________________
ZD
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
Pendapat yang bernas! Kalau boleh share, format PTW dengan teman lain disini...

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Staff Sarjan
Status: Offline
Posts: 170
Date:
Permalink  
 
format mudah, mesti ada asas berikut :-

1. Bekalan dimatikan.
2. Bekalan dibumikan.
3. Confirm Death.
4. Kunci/ Lock
5. Halang/ Letak tanda amaran.

surat PTW ni ada maklumat & tandatangan pemberi tugas (org kompeten) & penerima tugas (person in charge), kemudian skop2 tugas yang dibenarkan & kawasan kerja yang dibenarkan sahaja..

kemudian apabila semua sudah faham, maka barulah kerja2 boleh dimulakan mengikut arahan dalam PTW eg : mencuci breaker shaja ke (luar skop kerja jangan memandai nak buat).

Apabila kerja sudah selesai, Person in charge hendaklah serahkan semula PTW kepada orang kompeten.. Orang kompeten kemudian akan :-

1. Kawasan kerja sudah dibersihkan (seperti sedia kala)
2. Memastikan semua individu yang tidak berkenaan keluar dari kawasan pensuisan.
3. Beban tidak dalam keadaan hidup (matikan semua load)
4. unearth supply. (jika ada)
5. Hidup semula bekalan.
6. Semak bekalan (guna tester)
7. Kunci semula pintu bilik suis.
8. Apabila check semua ok, supply ok, barulah PTW dimatikan dan diserah laporan beserta PTW kepada majikan untuk tujuan rekod.

Mudah sahaja tapi ramai org kompeten tidak melaksanakannya..

__________________
ZD
Laksamana Muda
Status: Offline
Posts: 1145
Date:
Permalink  
 
Kalau orang kompeten bekerja di bawah orang bukan kompeten? Ini biasa terjadi di sektor2 industri..

__________________

Henry Ford
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.

MFC Commissioner [OFFICIAL] CODE: 1601

IEEE Members CODE: 92905849

@Bahaya Elektrik 

@CMC Student Branch 

@Standard Gaji Chargeman 

Rekrut
Status: Offline
Posts: 5
Date:
Permalink  
 
Org kompeten kene bertindak dahulu,explain betul2 ngan majikan,sediakn doc2 yg penting...

__________________
Rekrut
Status: Offline
Posts: 2
Date:
Permalink  
 
"IBARAT BOM JANGKA"
bila majikan mnggunakn spnuhnya kuasa...
Peraturan elektrik 1994 akan melawannya...

__________________
 
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard