MYCHARGEMAN Forum

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
 

Topic: Penalty power factor

Post Info
Rekrut
Status: Offline
Posts: 3
Date:
Penalty power factor
Permalink  
 

     Sekarang SESB yang juga merupakan anak syarikat TNB di Sabah telah banyak memasang meter 3 fasa jenis digital elektronik. Mereka juga menggantikan jangka jenis analog atau mekanikal dengan jangka jenis baru ini. Khusus utk pengguna domestik belum ada masalah kerana tidak ada bacaan kVarh diambil kira.
Akan tetapi bagi pengguna yang menggunakan letrik bagi tujuan perniagaan spt CM1 sebagai contoh, unit kWh dan kVarh mempengaruhi jumlah bill apatah lagi bila unit kVarh lebih tinggi daripada unit kWh. Pengguna keliru, rupa2 nya jangka 3 fasa jenis baru menggantikan jangka lama sebenarnya adalah jangka DUA DALAM SATU. Mereka yakni pengguna merasa heran mengapa selama ini SESB tidak pernah mengenakan denda yg dicatatkaan dlm bil sebagai penalti faktor kuasa. Bulan ini kena pealti, bulan lalupun sama juga cuma jumlahnya saja yang tak sama.  

     Di dalam sistem penghantaran & pengagihan SESB nilai faktor kuasa yang sepatutnya sampai kepada pengguna ialah 0.9 ataupun 90 % kali dgn amount dlm bill. Melalui penggunaan alat letrik yang tidak  mencapai kecekapan yang standard, peningkatan voltan melebihi kadar normal dan penggunaan motor aruhan yang banyak mencetuskan magnetic field dikatakan sangat-sangat mempengaruhi kejatuhan faktor kuasa kurang daripada 0.9 atau 90%. Bayangkanlah jika ianya jatuh hingga 0.7 atau 70% bermakna pengguna taarif perniagaan bagi sebuh kedai runcit atau kedai kopi umpamanya boleh dikenakan denda sehingga RM200 untuk setiap RM1000.

     Pengguna yang berniaga kurang merasa puas hati dengan keterangan pegawai perkhidmatan pelanggan SESB. SESB pula cuba untuk memberi juga kepuasan dengan berbagai fakta berkenaan dengan sistem pengiraan jangka lama lama tidak dapat mengukur kerugian syarikat selama ini. Saranan peniaga memasang capasitor bank pula membuatkan mereka merasa sangsi kenapa pula kos itu mesti keluar daripada mereka bukan di pihak SESB. Sekali lagi kakitangan di hadapan (front office) menghadapi kesulitan bagi menerangkan dengan lebih mendalam yang kos pepasangan bank kapasitor tersebut sebenarnya mendapat pulangan  semula kepada pengguna. Dalam semua tawaran demi penerangan hanya satu saja yang boleh diterima pelanggan iaitu ujian kejituan jangka.

     Jika sekalipun ujian telah dibuat dengan ralat dlm kelas jangka peniaaga tersebut masih  perlukan penjelasan yang betul, yang mana satukah peralatan letrik di kedai mereka itu yang dikatakan memberi aruhan. Yang demikian juga SESB selaku anak Syarikat TNB di Sabah mengintai-intai tips dan inti pati yang boleh dikongsi bersama daripada kumoniti `Malaysia's Active Chargeman Forum`. Bagaimanakah SESB mahu mewajibkan pepasangan Pembetulan Faktor Kuasa (Corrective Power Factor) puntuk peniaga kedai kopi, restoran mamak bahkan peniaga-peniaga kecil di kedai-kedai runcit?

     Silakan;

 



__________________
Lee
 
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard