MYCHARGEMAN Forum

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
 

Topic: Khidmat Terjemahan BM - Eng / Proofread / Transcribe (Tukar Audio & Video > Teks) / Subtitle

Post Info
Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Khidmat Terjemahan BM - Eng / Proofread / Transcribe (Tukar Audio & Video > Teks) / Subtitle
Permalink  
 



1. http://www.MyCambridge.blogspot.My >> Kelas Bahasa Inggeris Dewasa & Tuisyen MUeT / iELTs

2. http://www.Mudah2u.Co.Vu ...

- Khidmat Proofread & Terjemahan Melayu - English > Buku / Jurnal / Tesis / Abstrak / Assignment / Speech / Artikel

- Service Transcribe - tukar audio / video / buku fizikal ke >> Microsoft Words Text

- Servis Membuat Subtitle English / Sarikata BM - untuk Montage / Klip Video / Filem / Dokumentari / dan lain-lain

- Kursus membuat Subtitle (Private course @ Shah Alam / Putrajaya / Seremban)




Prosedur Tempahan :

a. Emelkan ke >> My_Cambridge@yahoo.com :

- Dokumen yang ingin diterjemah / proofread 
- ATAU  Audio / Video yang perlu di buat Subtitle / Transcribe
   
b. Kami akan reply dengan "Quote Harga" serta akaun pembayaran.
c. Hantar deposit ke akaun pembayaran dan kerja akan dimulakan.
d. Hasil kerja yang telah siap akan dihantar selepas baki dijelaskan.



*Sijil Penterjemah dan Surat Pengesahan ada disediakan.
**Resit juga tersedia untuk tujuan claim.



Antara pelanggan yang mengunakan khidmat kami:

1. Senior research fellow, Social Security Research Centre, University of Malaya

2. Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

3. Research Management Center , Faculty of Medicine, University of Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia





#Diskaun untuk UM, UPSI, UPM, UiTM, UKM, UTM, UTeM, UNIMAS, UMS, UMP, UUM, UNIMAP, UMK, UniSZA, UPNM, UMT, USAS, UTHM , etc.



*****Share INFO ini dengan rakan Anda !



__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Translation BM - Eng / Proofread / Transcribe (Tukar Audio & Video > Text) / Subtitle
Permalink  
 

http://www.Mudah2u.Co.Vu  ,  services :


1. Transcribe Service (Convert Audio / Video recording to Microsoft Words Text)

2. Create English / Malay Subtitle for Video Clips / Montage / Presentation

3. Proofreading & Translation Service (Bahasa Melayu - English) - Abstract / Thesis / Book / Journal / Articles



Booking Procedure:

1. Email the Documents / Audio / Video you want to Proofread / Translate / Transcribe / Subtitle to >> My_cambridge@yahoo.com

2. We will reply with "Price Quotation" and payment details.

3. Make a deposit and we will start on the work immediately.

4. Completed work will be emailed when payment balance has been cleared.



* Certificate of Authenticity and Letter of Authentication are provided upon request.
* Receipts are also available for claim purposes.




Previous Clients who acquired us:

1. Senior research fellow, Social Security Research Center, University of Malaya

2. Department of Geography & Environment, Faculty of Humanities, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

3. Research Management Center, Faculty of Medicine, University of Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia



#Discount for UM, UPSI, UPM, UiTM, UKM, UTM, UTeM, UNIMAS, UMS, UMP, UUM, UNIMAP, UMK, UniSZA, UPNM, UMT, USAS, UTHM , etc.




*****Share this INFO with your friends!



__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
RE: Khidmat Terjemahan BM - Eng / Proofread / Transcribe (Tukar Audio & Video > Teks) / Subtitle
Permalink  
 

Tips abis thesis awal - Bhg 2


Keenam - Tulis serentak


Setelah menulis isi yang anda baca dgn teknik write while u read, siapkan semua chapter serentak, bukan chapter by chapter dan susun mengikut chronology dan sintesis apa yang anda tulis. Ingat, expectation pembaca adalah tinggi kerana anda adalah pelajar PhD. Apa yang ingin disintesis?


Chapter 1 - sintesis bagi menggambarkan latar belakang secara ringkas semua keywords supaya readers mengetahui apa yang sedang berlaku dan mengapa anda perlu menjalankan kajian ini.


Chapter 2 - sintesis perkembangan pengetahuan tentang fokus kajian anda, perkembangan teori, conceptual framework yang menjadi nadi kajian anda serta IV dan DV.


Chapter 3 - sintesis kajian lepas yang strengten kajian anda


Tulis dengan satu ingatan - tidak ada satu ayatpun yang anda tulis tanpa anda sedari maksudnya terhadap kajian anda


Ketujuh - Read and write... dont stop !


Thesis tak bertambah jika anda tak tulis. Jika tak bertambah macamana nak abis awal. Tukar kebiasaan anda membuat highlighted dalam artikel anda dengan pen kepada terus menulis idea yang anda baca ke dalam zero draft anda - now and then ! Saya telah sarankan dlm bengkel saya supaya anda menulis bilangan perkataan yang anda tulis disatu white board.... dengan target mencapai 70,000 perkataan.


Adakah anda akan abis awal jika anda hanya menulis 500 dalam tempuh sebulan? Jika anda menulis 1000 sebulan, anda perlukan 70 bulan.... bila nak abis? Jadi anda perlu menulis beribu2 perkataan sebulan..... yang kemudiannya anda akan edit, buang dll tetapi target anda mencapai 70 ribu akan segera tercapai....


Ingat.... mereka yang menulis lambat, kononnya nak mendapat idea yang terbaik, belum tentu mendapat idea tersebut, berbanding dengan anda yang tulis ribu2 perkataan, pasti anda akan terjumpa idea tersebut....


Kelapan - The sense of urgency


Anda perlu ada perasaan the sense of urgency.... bagi menggantikan the sense of "last minute". Perasaan the sense of urgency akan mengarahkan otak anda membuat sesuatu spt anda akan mati esok hari.... tu dia! Perasaan ini menyebabkan anda merasa sgt bergantung kpd keperluan menyiapkan tesis dgn cepat.... sementara the sense of last minute cuba memberikan anda justifikasi.... lambat2 pun siap juga.... macam orang lain juga. Percayalah...anda tak layak membuat thesis jika ada tak ada perasaan the sense of urgency ini...memang tak layak.... sebab PhD tak sesuai utk mereka yang kaki lengah, kaki malas, dan kaki kena suap baru nak buat...atau kaki tergedik2....kaki fesbuk yg klu tak buka tiap jam rasa mcm nak pengsan.....


Saya teringat kata2 Pak Cik Hj Aziz Hasan, salah sorang peserta bengkel saya dan activist fesbuk DSG bahawa bisness family hanya boleh bertahan 3 generasi sahaja. Saya tak sempat nak tanya kenapa? Tapi saya jangkakan bahawa generasi ke3 telah berada dalam comfort zone dah tak ada lagi perasaan sense of urgency utk majukan bisness.... mereka mengabihkan beras jer.... dan serah semua urusan pada orang lain...yg kemudiannya take over the bisness....padan muka !!


Kesembilan - Kena berlagak!


Jgn bro.... tak baik berlagak tau..... kena humble.....


Nak cepat siap mestilah kena berlagak sikit.... tapi dengan tujuan baik. Bukan berlagak tong kosong bro....


Masukkan dalam fesbuk dan beritahu kawan2 anda yang anda telahpun siap sekian2 ribu perkataan.......utk semua chapters......dan dah mula nak collect data.....dah buat sekian2.......sebagai satu trick anda memaksa diri anda meningkatkan apa yang anda dah capai.


Bila dan capai sasaran... war2 lagi sasaran baru..... biar anda ada sedikit pressure.... dan biar kawan2 anda terlopong kehairanan melihat cepatnya progress anda!


Contohnya (agak extreme supaya sampai mesej....jgn tiru.... gunakan bahasa yg sopan dlm fesbuk)


"Hello bro.... wa dah siap tulis draf LR 15 pages dalam 10 hari.... cayalah....wa akan habiskan lagi 10 pages dalam 5 hari... he he.. wa mau kasi wa punya SV terkezut !!
Lagi 5 hari bro.... nanti wa announce dlm fesbuk bagi lu orang jeles sama wa.....wa dah siap LR 20 pages.... terbaik bro....kaw-kaw punya...cincai2 wa tak main....semua siap dalam 15 hari bro.... bukan 15 tahun.... wa tak mau jadi kura2.... tapi klu korang nak jadi jugak....wa tak boleh larang...."


Kesepuluh - Jatuh cinta buat kedua kali....


Buat PhD kena jatuh cinta dgn PhD. Apa rasa bila jatuh cinta? Baru 5 minit hantar sms kat dia tu....rasa macam 5 hari tak hantar sms. Betul tak. Baru 1 jam hantar email... tanganpun gatal tak sabar2 nak hantar email lagi. Satu email bukan 1 paragaraph bro.... 10 paragraph tuuu....



__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Berapa lama anda perlukan untuk kembangkan proposal anda menjadikan thesis?

4,5,6...tahun? Phew.....

Jika anda berada didepan computer, di library yang dingin dan nyaman, mencari artikel dalam journal yang berkaitan dalam bidang anda…..yang di subscribe oleh library….just click..click..click... berapa lama anda boleh kumpulkan 20 journal?

Dengan menggunakan skill operasi Boolean dan advanced search…..(sila baca entry blog saya teknik ini) anda sebenarnya perlukan tidak lebih 2 jam sahaja untuk dapatkan 20 (malah mungkin lebih) artikel dengan satu syarat...


Jgn tab fesbuk dalam standby mood utk dibuka.... dan simpan hp dengan mode silence dalam bag anda. Jangan biarkan fesbuk dan sms mengganggu date anda dengan artikel anda !!

Apabila anda telah downloaded 20 artikel tersebut, anda boleh lah mula membaca secara skimmed bagi mendapatkan idea keseluruhan asas dalam bidang kajian anda. Satu kaedah skimmed adalah dengan menggunakan hujung jari. Letakkan jari telunjuk anda ditengah2 artikel dan gerakkan perlahan2 dalam satu garisan lurus vertical ke bawah teks sambil membaca..... bukan gerakkan mengikut baris demi bari secara horizontal. Ini akan mempercepatkan anda scan isi penting. Bila terjumpa teori atau isi yang penting, barulah anda baca secara horizontal, then terus taip point tersebut dalam komputer anda.

Berapa lama anda perlukan untuk skimmed 20 journal dengan 10 - 15 pages? Jika satu journal 20 - 30 minit, maka 20 journal memerlukan tidak lebih 3 hari sahaja untuk anda selesai membacanya….


Sekali lagi...Jgn tab fesbuk dalam standby mood utk dibuka.... dan simpan hp dengan mode silence dalam bag anda !!


Lebih baik membaca dengan wikipedia standby utk explore perkataan yang maybe sukar anda fahami buat kali pertama. Anda tak perlu faham keseluruhan artikel, esp. perbincangan detail tentang analisis data.... just scan the theory, methodology and conclusion.

Setelah mendapat idea asas tentang kajian anda…. Anda boleh mula membina thesis structure anda dengan doc map / navigation pane dengan MW Word di computer anda yang anggun dan canggih manggih yang sedondong dengan warna tudung anda. Anda hanya perlu katakan 2 jam untuk menyiapkan struktur thesis anda bagi bab 1, 2 dan 3. (Ingat..dalam bengkel saya bagi masa 15 minit sahaja dan anda berjaya membinanya wpun belum proper .... yang penting ADA !!)

Diiringkaskan cerita… anda hanya perlukan dalam 2 - 3 hari sahaja untuk memulakan asas penulisan thesis anda bagi chapter 1,2 dan 3 dan bukannya 2 - 3 semester !! Ini perbezaan masa ibarat antara langit dan bumi..... antara kapchai dan Harley Davidson... dengan nasihat:


Jangan terlalu skema sangat untuk ikut segala schedule fakulti anda yang perlukan anda mula menulis selepas abis mengambil coursework atau selepas menamakan comittee dll..... anda redah jer..... sebab yang rebah nanti bukan orang lain.... anda juga....



__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
THESIS BUKAN SURATKHABAR LAMA

calon PhD dan master mestilah merujuk hanya kepada refereed publications atau peer-reviewed articles. Hampir kesemua artikel dalam journal established berada dalam kategori ini. Thesis dan dissertasi juga considered refereed kerana disemak dengan ketat oleh committee dan external examiners serta melalui proses pembentangan dan viva.

Namun begitu, terdapat artikel seperti artikel prosiding atau projek tahun akhir tidak temasuk dalam kategori refereed materials. Sayugia dinasihatkan supaya anda jangan memetik atau merujuk kepada sumber sebegini. Ini akan merendahkan nilai thesis anda. Jadi ketahuilah bahan yang anda rujuk utk tesis anda.




Kalau anda tak faham matematik Tingkatan 5, takkan anda rujuk buku Tingkatan 3. Anda boleh rujuk buku Tingkatan 5 yang lain, ataupun buku yang lebih tinggi yang juga bincangkan konsep yang sama. Samalah dengan artikel bukan refereed mempunyai makam yang lebih rendah…. Maklumlah proceeding articles selalunya tidak melalui proses peer-reviewed.

Sebagai contoh, mungkin terdapat artikel yang dikeluarkan oleh jurnal dari sesebuah IPTA dalam mahupun luar negara, yang tidak menjalankan proses peer-reviewed secara yang sewajarnya. Banyak artikel pelajar tahun akhir misalnya dimuatkan dalam jurnal tersebut yang hanya disemak oleh seorang supervisor sahaja. Jadi berhati2 bila merujuk kepada artikel sebegini.


Namun begitu, artikel prosiding sesuai dijadikan bacaan tambahan bagi mengetahui perkembangan terkini dalam bidang kajian anda, supaya anda lebih jelas position kajian anda.

Selain prosiding, anda juga cuba elakkan petikan dari suratkhabar…. atau majalah…. yang hanya akan merendahkan credibility penulisan anda. Kedua2 ini dikategorikan sebagai sumber “bukan akademik”. Ini termasuk juga artikel2 umum dalam internet, termasuklah WIKIPEDIA.

Bayangkan jika pernyataan masalah anda hanya berdasarkan isu yang dipetik dalam akhbar tempatan…. seperti isu pembuangan bayi, rasuah dll… sedangkan isu tersebut mungkin disensasikan, bukan dari satu kajian yang mendalam, atau hanya diwar2kan dari kacamata ahli politik atau NGO.


Pastikan anda telah membaca kajian2 lepas dan kajian2 inilah yang patutnya dikupas bagi menunjukkan adanya isu yang masih perlu dikaji. Nanti bukan saja isu tu jadi isu yang hanya tersimpan dalam suratkhabar lama..... thesis andapun jadi suratkhabar lama.....tak sapa nak rujukpun....

Ingat, kajian PhD bukan tujuan UTAMANYA untuk menyelesaikan masalah masyarakat dalam konteks praktikalnya…. tetapi sebagai bukti ilmiah anda telah menyumbang sesuatu kepada bidang pengetahuan anda… menjadikan anda seseorang yang mendalami dan mengembangkan pengetahuan dalam bidang kajian anda. Kajian PhD bukan kajian PERTAMA dan TERAKHIR…..

Ingat…. thesis yang baik akan terus berkembang dan thesis bukanlah permulaan dan pengakhiran bagi sesuatu isu atau masalah. Oleh itu, jgn libatkan diri dengan isu sensasi dalam membuat thesis.

Nasihat saya yang kerdil ini, cubalah berada dibarisan paling hadapan dalam bidang kajian anda, tetapi jangan melampaui sempadan, takut anda kehilangan punca atau terjebat dalam banyak ketakpastian.




Contohnya anda mengkaji bidang 3D dalam persembahan multimedia pendidikan sains. Carilah kajian yang menyentuh aspek terkini dalam implimentasi 3D yang masih luas belum diterokai dan bukan melampauinya seperti menguji keberkesanan persembahan 4D yang terlalu baru dan hanya diimplimentasikan secara terhad dalam panggung2 wayang yang terkawal sahaja.


Apa tidaknya, tak ada kajian lagi dibuat dalam persekitaran 4D untuk tujuan pendidikan dan anda akan teraba2… faham kan?


Maklumat lanjut >> www.Mudah2u.co.vu







.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Thesis yang menyiksa pelajar ?

Tajuk kali ini lain macam bunyinya?

Mungin juga.... tapi bila didapati majoriti pelajar yang buat thesis berasa begitu tension dan tertekan untuk menyiapkan penulisan thesis mereka, tajuk ini dapat menggambarkan situasi tersebut...

Iya tak ya juga..... ramai yang mengeluh...termasuklah saya hu hu

Menulis thesis adalah satu pengalaman baru…anda cenderung terikut2 dengan cara org lain yang diwarisi secara tidak rasmi dari bekas calon PhD, yang kemudiannya mungkin menjadi SV anda dan menurunkannya pada anda dan seterusnya anda menurunkannya kepada generasi baru…... Jadi ikut2an ini seperti berterusan.....sehingga menyakinkan anda bahawa menulis thesis adalah sesuatu yang menyiksakan!


Ini semacam satu tradisi.....

Ada kalanya anda tersiksa kerana kealpaan dan kemalasan anda sendiri, tetapi saya percaya.... ada sesuatu yang selama ini tidak disedari.... sekurang2nya dari sudut pandangan saya....

Jadi buat thesis ni sepatutnya relex ker.....

Taklah relex bro..... nak relex jangan buat thesis..... buat tak tahu jer...

Abis?

Sebab itulah saya cube memberi satu persepsi yang berbeza dalam entry2 saya yang lepas dan bahawa bukanlah sukar utk menyiapkan proposal dan menulis thesis sebab hampir SEMUANYA TELAH TERSEDIA dihadapan anda – artikel on-line, buku, fesbuk, email, hp, artikel pdf, wikipedia dll. berbanding dengan zaman saya dahulu. Jadi sepatutnya menulis thesis semakin mudah, secara relatif berbanding10 tahun lepas. Ini tak.... asyik susah semacam jer....


Ya tak yer jugak.... betullah bro....

Abis kenapa kesusahan ini seperti tidak berkesudahan dan masih berterusan...terus diwarisi.....dan ditangisi....

Betul juga cakap bro tu.... emmm...

Jika saya mendapat mandate….. saya akan ubah cara membuat thesis yang selama ini membuatkan pelajar tertekan secara tak lansung. Ini pendapat saya…. mungkin semua tak setuju, termasuklah pakar2….tetapi saya percaya pendapat tidak salah dikemukakan....

Wussss..... apa tu bro.... takut pulak gua....

Saya berpendapat, thesis perlu di mulakan dengan SOROTAN LITERATUR terlebih dahulu dalam Bab 1, barulah diikuti dengan permasalahan kajian, objektif, persoalan kajian / hipotesis dan signfikan kajian dalam Bab 2, BUKAN SEBALIKNYA seperti amalan turun temurun.

Menulis SOROTAN LITERATUR terlebih dahulu akan membuka minda pelajar akan keseluruhan aspek yang ingin dikaji sebelum contohnya pelajar dapat mengemukakan gap dalam persoalan kajian secara mantap dan seterusnya menjustifikasikan RQ dengan analisis data.


Alamak betullah lu cakap bro.... patutlah wa fening tak sudah2 bila SV kata mana gap saya..... sebab saya tak bacapun lagi secara komprehensif....

Sebab itulah pada hemat saya yang kecil lagi kerdil ini bahawa pelajar master /PhD sentiasa gelisah dan resah, tak tahu apa nak tulis, hilang punca dan tertekan jiwa dan raga serta teraba2 dalam terang kerana mereka tidak menguasai secara komprehensif apa yang ingin dikaji tetapi telah diminta menulis objektif, permasalahan kajian, serta persoalan kajian atau hipotesis secara spesific serta signifikan kajian. Mana mungkin pelajar dapat merangka semua ini jika tidak mantap pengetahuan LR mereka.

Setuju?


Ya... ya.... wa setuju dengan lu bro... logik jugak tu bro....

Bayangkan, menulis hipotesis yang detail tu perlukan kejelasan idea, penguasaan IV dan DV, serta kerangka teori dan konsepsi dan pemahaman analisis data, bukannya menulis sambil meraba2……tak tahu apa yang bakal menjelma! Mana mungkin mereka tidak merasa tertekan.....lebih2 lagi bila disergah SV!!


Betullah bro....wa fobia bila tiap kali jumpa SV sure kena sergah bro... nasib tak terkencing jer...

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Rahsia Menulis Thesis - 3

Idea anda walau sehebat manapun tak akan ada nilainya untuk meng”graduate”kan anda jika idea tersebut tidak tertulis sebagai tesis.

Banyak kes, kawan2 anda menjalankan kajian yang dasyat pada peringkat awalnya…. kajian masterpiece….siap dengan data yang lengkap…..tetapi tak sampai ke mana kerana gagal menyiapkan tesis.

Tak siapa kisah idea dan data2 anda tersebut…. percayalah…. kecuali jika ianya tertulis dalam tesis.

Dengan tertulisnya tesis yang lengkap, katakan Chapter One, Two and Three (ini pentingnya zero draft dan dokumen map) walaupun masih belum refine, masih carca-marba, masih berkucalana (kalau tak tahu tanya mek klate maksud perkataan ini), masih belum ada data dll kekurangan, TETAPI anda masih dapat melihat perspektif kajian anda dengan lebih luas… mulai pendahuluan sehinggalah ke kemungkinan dapatan anda.

Anda berpeluang memahami kajian anda secara menyeluruh dari semua aspek serentak dalam semua Chapters yang anda telah siapkan. Anda boleh semak method anda dengan persoalan kajian. Anda boleh semak kajian lepas dengan kerangka teori anda. Anda boleh bandingkan beberapa teori yang berbeza yang telah anda tulis dll lagi.

Memahami tesis secara overall sangat penting bagi anda memilih secara selective artikel2 baru yang anda ingin baca dan analisis. Ini akan memberikan lebih fokus dan memudahkan anda.

Dan yang paling penting…. SV anda boleh memberi komen yang lebih komprehensif kepada tesis anda, berbanding jika anda hanya hantar chapter by chapter.

Walaupun SV selalu minta Chapter One dulu, tetapi anda sepatutnya serahkan juga Chapter Two and Three. Then bila SV tanya itu dan ini, anda telah bersedia dengan jawapan yang meyakinkan. SV anda juga patut menerima dan membaca keseluruhan idea anda, bukan sahaja Chapter One. Tentu lebih mudah SV anda lihat hala tuju kajian anda dengan membaca beberapa Chapter serentak.

Anda juga boleh membuat correction dan editing di sana sini … sambil membetulkan pemahaman anda serentak. Dengan kemahiran penulisan, kerja2 editing bukanlah satu isu yang sangat besar…. semuanya boleh dibuat dengan beberapa klik sahaja



>> www.Mudah2u.Co.Vu >> Khidmat Terjemahan BM - English (Sijil,Jurnal,Abstrak,Tesis) & Proofread / Servis Buat RESUME & CV





tq.


__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 


Cara nak Lulus Temuduga Kerajaan TANPA "KABEL" ATAU "ORANG DALAM" !?



Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2014 oleh Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA); Datuk Ramli Juhari, hampir 2.5 JUTA PERMOHONAN kerja telah diterima untuk menyertai perkhidmatan awam.

Permohonan ini adalah untuk mengisi jangkaan 80,000 kekosongan jawatan dalam sektor awam yang jelas menunjukkan persaingan yang sangat kompetitif di kalangan pemohon untuk memilih berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Bermakna...
Hanya 3.2% Sahaja Yang Akan Dipilih!

Jadi, ia sememangnya satu persaingan yang amat sengit dan ia memerlukan lebih dari sekadar "NASIB!".

Anda perlu betul-betul bersedia dan perlu memastikan bahawa anda betul-betul LAYAK untuk dipiih sebagai penjawat awam berbanding calon-calon yang lain!


5 Sebab Utama Kegagalan!

Ini adalah fakta penting yang anda perlu tahu tentang calon-calon penemuduga!

1. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!

2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.

3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!

4. Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.

5. Over Confident! Terlalu yakin!. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.

Adakah anda pernah melakukan kesilapan-kesilapan ini?

Teruskan bacaan anda, saya akan bongkarkan kepada anda cara-cara untuk mengatasi semua kesilapan tersebut!




MAKLUMAT LANJUT >> mycambridge.blogspot.com/2019/05/cara-nak-lulus-temuduga-kerajaan-tanpa.html



.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee ? - Jana 40 Ribu sebulan !



Mungkin anda juga pernah beli barang di Shopee tu!

Tapi, rugilah kalau asyik keluar duit sahaja bila masuk dan guna apps Shopee tu!

Apa kata kita tukar dan buat duit pula dengan apps Shopee tu?

Caranya... Dengan kita jual barang dan jadi peniaga pula disitu! Website Shopee
Apa Yang Best Jual Barang Kat Shopee?.

Shopee ni lebih kurang sama je macam ebay, lelong dan juga lazada.

Ianya sebuah website marketplace! Iaitu tempat orang ramai boleh menjual dan membeli barang!

Bahasa mudahnya.. Shopee ini adalah sebuah PASAR! Tetapi secara online!


Kalau nak cerita apa yang best jual barang kat shopee ni! Memang banyak sangat kelebihan dan keistimewaannya!


Lebih-lebih lagi kalau sebelum ini, anda pernah menjual di FB atau Instagram serta menggunakan Whatsapp untuk Close Sale! Memang leceh sikit kalau guna cara tu!


Nak kena layan satu-satu customer untuk dapatkan sale!

Tapi kat Shopee, proses jualan itu jadi lebih mudah!

Tak perlu dah nak layan satu demi satu customer!


Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga! Siap!

Kalau ada orang beli! Nanti akan dapat notification dari pihak Shopee!

Tak perlu dah 24 jam tenung handphone dan berbalas mesej di Whatsapp sebab dok layan customer yang belum tentu pun nak beli!


Apa yang paling menarik! Di Shopee ni, pelawatnya ramai! Ramai giler! Secara kasar! Bilangan pelawatnya dianggarkan seramai 21 juta orang sebulan!.. Iaitu kira-kira 700,000 orang sehari!

shopee traffic

Ramai giler kan? Kalau anda buka kedai kat KLCC pun belum tentu boleh dapat pengunjung/pelawat seramai itu!


Apa yang lagi-lagi-lagi best pasal shopee ni! Pelawat-pelawat kat website/apps Shopee ini!

Mereka adalah golongan yang mempunyai keinginan membeli yang tinggi!

Sebab itulah mereka masuk/buka apps Shopee! Sebab nak beli barang!


Tidak seperti di Facebook atau Instagram.

Di Facebook & Instagram.. kebanyakkan orang.. buka/ masuk apps tersebut adalah untuk bersosial sahaja! Cuma segelintir kecil je yang masuk ke FB & Instagram untuk cari dan beli barang! Sebab tu kalau nak jual barang kat FB & Insta payah sikit.. nak kena pujuk dan belai dulu customer kat whatsapp.. barulah mereka akan beli!


Eh! Banyak lagilah kelebihan berniaga di Shopee ini!


Kalau nak tahu lebih details pasal kelebihan berniaga di Shopee ni!


KLIK >> DISINI >> mycambridge.blogspot.com/2019/06/cara-bagaimana-berniaga-di-shopee-jana.html






.









__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Tajuk thesis yang menjerut leher sendiri

Saya mencoret lagi kepada masalah pemilihan tajuk master / PhD. Saya telahpun kupas bab pemilihan tajuk yang baik dalam beberapa entri sebelum ini.


Habis kenapa nak tulis lagi?


Sebabnya ramai yang ambil remeh..... dan akhirnya menjerut leher sendiri..... khususnya kengkawan yang buat secara part-time atau yang buat full-time tapi macam part-time atau yang buat part-time secara part-time atau yang paling sadis yang buat part-time then buat derk jer!


Tajuk kajian yang dipilihkan menentukan apa yang akan anda buat sepanjang anda menjadi pelajar master atau PhD. Sekali tajuk dipilih, proposal lulus, sukar untuk patah kebelakang.....kecuali apabila anda tertinggal kunci kereta di restoran mamak.


Terdapat banyak element yang menjadikan tajuk kajian yang baik termasuklah tajuk mesti researchable, significant dll. Namun dari pengalaman saya yang sedikit ini terdapat 3 element dalam pemilihan tajuk yang jika anda tidak ambil kira secara SERIUS, akan mendatang kesukaran pada anda kelak..... iaitu :


1. Anda mesti ada preknowledge / pengetahuan tentang tajuk


Terdapat SV yang mencadangkan tajuk, atas sebab2 tertentu. Misalnya anda kelihatan "blank" tak tahu aper2 atau SV anda ingin latih anda menjadi pakar sepertinya. Malangnya anda tidak mempunyai pengetahuan yang khusus dalam tajuk tersebut, tapi malu nak menolak tajuk SV anda atau takut nak berbuat demikian.


Jadi.....


Apabila SV pakar dalam tajuk anda dan anda lansung tak tahu apa2.....apa sahaja yang anda tulis, pasti tidak sebaik pemahaman SV anda....dan andapun mula takut untuk menulis. Nak short-cut tang manapun SV anda tahu....jadi berkemungkinan akan berlaku conflict dan inferiority complex yang lebih complex dari mana2 shopping complex atau over expectation dari SV anda .....dan akhirnya anda tidak perform.... anda akan sentiasa tertekan......macam paku tekan....


Walaupun tak semua pelajar menghadapi masalah begini, eloklah anda berfikir dan berbincang dengan SV anda semasak2nya sebelum menerima tajuk yang disyorkan kerana yang buat kajian andalah ANDA !!


Juga anda perlu berhati2 dengan perkara baru yang muncul dan kontrovesi untuk dibuat tajuk kajian, kerana anda mungkin tiada pengetahuan dan pengalaman untuk membuat kajian.



2. Personal interest / minat terhadap tajuk


Anda mungkin membaca beberapa bacaan dan terus memilih tajuk sedangkan tajuk tersebut bukanlah minat anda. Anda sendiripun tak pasti apa yang anda minat. Jadi anda belasah aje tajuk yang anda fikir OK....Apa yang berlaku, anda mungkin kehilangan minat untuk teruskan pembacaan, selalu konfius, dan akhirnya terbakar macam fius. Bila ini berlaku, anda kehilangan momentum dalam diri anda.....


3. Sokongan LR


Tajuk anda mestilah tajuk mainstream dalam bidang kajian anda. Bila mainstream maksudnya banyaklah rujukan yang boleh anda perolehi dalam penyediaan LR. Jika tajuk anda sekadar dipinggiran, sampai meraba2 anda mencari LR, dibimbangi minat yang mendalam akan lama2 luntur.... kendur lalu perlahan2 anda akan berundur.....


Saya cadangkan anda berfikir terbalik, cari LR dengan membaca secara intensif dahulu..... baru pilih tajuk yang menepati minat anda, bukan sebaliknya.


Saya analogikan dengan diri saya sendiri..... bagi mudah cerita.
Kajian saya bertajuk:


COMPUTER-ANIMATED INSTRUCTION (CAnI) AND STUDENTS' CONCEPTUAL CHANGE IN ELECTROCHEMISTRY


1. Ini tajuk saya sendiri sebab saya ada latarbelakang mengajar electrochemistry. Saya ada pengalaman 15 tahun ajar benda tu. Bak kata orang.... semua kat ujung jari....


2. Tapi saya tak ada pengetahuan dalam animasi, sekadar mengikuti bengkel tetapi ada minat yang sangat mendalam....tak terkata dalamnya....Akhirnya dengan minat tersebut, saya berjaya bangunkan satu prototaip CAnI, dalam tempuh yang singkat sehingga memenangi anugerah dalam satu pameran. Saya bina animasi dengan penuh ghairah.....dan bernafsu.....sehingga.....hilang nafsu makan dan minum....dan lebih kurang sebulan jer siaplah draf animasi saya. Sehingga kini saya telah terlibat dalam 3 research melibatkan animasi dan telah mengumpul 3 medals !!


3. Saya mendapati artikel animasi tidak banyak ketika tahun 2003 terutama dalam pendidikan, tetapi artikel conceptual-change berada dalam mainstream Chemistry Education, yang menjadi teori dalam tesis saya. So saya ambil masa 3 bulan sahaja untuk siapakan proposal dan terus menulis untuk memulakan kajian saya, sudah pastilah dengan bantuan document map dan zero draft!

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
JGN BUAT kajian Thesis jika boleh jawab “SO WHAT” ?

Kajian diperlukan bila ada isu / fenomena / argument yang menarik perhatian. Bagi memahmi isu tersebut, data diperlukan supaya penjelasan dapat diperolehi yang membawa kepada:

a. “contribute to knowledge in that particular issue”
b. “add something to knowledge relevance to the issue”
c. “advanced the knowledge related to the issue”
lalu terus mengundang keperluan kajian2 lanjut.

Perhatikan contoh kajian berikut. Kajian pertama sampai ketiga tidak boleh menjawab "So What" dan mengundang kajian lanjut.. sambil adanya contribution to knowledge.
Kajian empat... tidak sesuai utk kajian sebab boleh dijangka jawapan "So What"... dan tak jelas contribution kepada knowledge.

Sila baca betul2.....

Kajian Pertama:
Keberkesanan inquiry-based learning strategy dalam pengajaran maths
.
Contribution to knowledge:
Kajian menunjukkan inqury-based strategy memberi kesan positif kepada kumpulan pelajar high achiever berbanding dgn low achiever.

So what?
Strategy ini perlu dijalankan dgn mengambilkiran latar belakang akademik pelajar... maka kajian lanjut diperlukan utk mencari jalan bagaimana pula teori strategy ini berpotensi pula utk kumpulan2 pelajar – berbeza gender, motivasi, lokasi, berbeza topic pengajaran dll lalu memberikan lebih pemahaman kepada teori yang berkaitan.

Kajian Kedua:
Pembinaan qnaire utk mengukur tahap ketagihan FB dalam kalangan PG?

Contribution:
1. New instrument yang dibina berasaskan construct A, B, C dan D
2. Menunjukkan 4 faktor utama menyumbang kepada ketagihan PG terhadap FB

So What?
Kajian akan datang boleh menggunakan instrument tersebut utk mendapat pendetailan berdasarkan PG dengan demografi yg berbeza pula yang menumbang kepada pemahaman lanjut dari teori yang digunakan utk membina instrument

Mendalami 4 faktor tersebut secara qualitative pula

Kajian ketiga:
Kajian penggunaan combinasi beberapa catalyst P, Q, R dalam meningkatkan keberkesanan combustion buangan kelapa sawit

Contribution:
1. Mendapatkan evident ciri-ciri dan ratio catalyst dan kombinasi yang berpotensi meningkatkan efficiency combustion kepada alam sekitar melalui pembinaan combustion simulation berdasarkan theory effective combusion

So What?
Kajian lanjut perlu dilakukan utk mendalami aspek perubahan fizikal dan manupulasi variable lain spt pressure dan temperature mengunakan kombinasi dgn ratio yang berbeza bagi meningkatkan lagi cost effective combustion simulation…



Kajian Keempat:
Contoh isu Smart School (yang sedikit masa dulu yang mengundang perlbagai kajian)
Kajian keberkesanan SS dalam meningkatkan kompetensi guru menggunakan ICT.

Contribution yg boleh dijangka yanpa perlu kajian:
Menyenaraikan 4 faktor utama dalam memastikan perlaksanaan SS disekolah iaitu
a. menyediakan makmal computer yang lengkap disetiap sekolah
b. menyediakan sokongan teknikal / teknisyen
c. membekalkan software setiap subjek
d. menyediakan latihan guru yang berterusan

Persoalan:
Adakah dapatan di atas satu contribution kepada knowledge?
Adakah dapatan di atas tidak boleh dijangka sehingga memerlukan kajian PhD?
Adakah pihak KPM tidak mampu mengkaji / dptkan feedback / berfikir akan 4 faktor di atas?
Adakah pelajar akan declare bahawa SS tak berjaya dan patut dimansuhkan sahaja?

So what?
KPM perlulah bekalkan makmal, technical support, software dan latihan guru… tu jer… tak payah ler nak buat kajian lanjut….
Jadi kajian spt ini tidak sesuai sebab boleh dijangka dan tidak menambah kepada teori secara signifikan....

Kesimpulan:
Simpulkanlah sendiri….. jgn terbelit tangan dan kaki…. tak tahu apa yang dikaji…. lantas memakan diri .. dan menghakis motivasi !!



...servis Terjemahan Thesis, Proofread Jurnal & Transcribe Audio ke Teks -> www.MyCambridge.blogspot.com






.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Tajuk 1435 : Research context dan discussion of findings..

1. Masih ada yg tanya lagi.... knp mesti tulis mcm ni?

"Findings of the study indicated that …. thus this finding is in line with that highlighted in X (2012) study. This finding is also supported by other research, such as that by Y (2009) who reported …"


2. Research Context (RC)?
RC adalah semua aspek yg berkaitan dgn kajian spt persekitaran social.. budaya... amalan.. lokasi / setting dan reka bentuk kajian. Dapatan dari kajian yg bbeza... dlm konteks yg bbeza mmberikn interpretasi berbeza, lebih2 lagi dlm kajian social science. Menggunakan instrumen dan sample yg bbeza dari kajian anda juga mbawa interpretasi yg berbeza.

3. Maka... bukan satu keperluan mjadikan dapatan kajian2 lepas sbg 'menyokong' atau tidak dapatan kajian anda ... sdgkn kajian2 tsbut blaku dlm konteks yg berbeza.

4. Kajian obersi misalnya terus2an dibandingkn dgn dapatan kajian sendiri sdg konteksnya mungkin saja jauh berbeza.

5. Apa yg lebih utama adalah mengupas dapatan kajian anda sendiri yg dikaitkan dgn data yg diperolehi serta theoretical dan conceptual framework yg mjadi asas kajian (quantitative) anda.


Upah menaip Thesis/Jurnal (EXpress - Kaedah REWRITE/PARAPHRASE) -> www.MyCambridge.blogspot.com



.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
10 ciri-ciri issue / problem yang sesuai utk master / PhD utk difikirkan...



1. Evidence of novelty (something "new" in order to contribute / extent the knowledge)

2. Not necessarily unique but significant to the scholars in the same area

3. Crucial, urgency and important to international community / readers in the same field

4. Availability of references, instrument

5. Doable in a given period of time

6. A good theoretical background which student can determine the functional relationships between variables and support multiple perspectives.

7. Address an issue / problem related to student as a practitioner (if applicable)

8. Researchable - be able to collect data to answer the RQ

9. Maximize the potential of student as an independent researcher


Ciri-ciri inilah yang perlu difikirkan sebelum finalized isu / problem yang ingin dikaji... tak perlu pening2 nk kena explain gap....



...Khidmat Terjemahan BM - English (Sijil,Jurnal,Abstrak,Tesis) / Proofread / Transkripsi >> MyCambridge.blogspot.com





.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Macam mana hari ini aku boleh bukan setakat bercakap, bahkan menulis dalam Bahasa Inggeris?

Aku ini asal tak pandai pandai cakap orang putih. Di sekolah pun, kelas hujung-hujung aja. Cikgu sampai menangis sebab kami nakal.
HYPE

Ingat lagi waktu aku kelas Bahasa Inggeris, cikgu sampai panggil aku ke hadapan suruh aku eja perkataan ‘which’ sebab aku asyik tulis ‘wich’.

Dengan yakinnya aku jawab ‘wich’. Dua tiga kali dia ulang tanya, aku jawab benda sama, terpancar sinar kesedihan di mata dia.

Bapa aku memang pandai ‘speaking’. Daripada beliaulah aku bina keyakinan yang aku juga boleh bercakap gaya ‘British born’.

Masuk UiTM, kelas BEL 100 (Basic English Learning) aku suka tapi memanglah aku tak boleh nak pandai.

Sebab enjoy sangat kehidupan, kawan-kawan semua cakap Melayu maka aku lupa sekejap cita-cita murni tadi.

Sampailah aku jadi minat pada rakan sekelas asal PJ. Budak sekolah Sri Aman, cakap English berhabuk.

Tapi aku tak dapat cara lagi. Macam mana nak ‘klik’ dengan dia. At a point, rasa ‘she is out of my league’.

Pendek cerita, aku berkenalan dengan geng debat. Sebab English aku teruk maka aku pasrahkan masuk pasukan Bahasa Melayu.

Tajuk pertama aku bahas adalah ‘Melayu adalah Bangsa Yang Layu’. Terkesima aku sekejap. Jadah apa benda aku nak hujah ni.

Lepas sesi, geng debat English cucuk jarum, mereka berjaya buat aku rasa boleh masuk dengan otak mereka.

Paling penting, mereka buat aku yakin bahawa debat Bahasa Inggeris bukanlah hanya milik orang yang sedia pandai berbahasa itu.

Motion pertama aku masuk adalah ‘Green is an unhealthy colour’, aku partner dengan Sir Nazim, lawan aku adalah Iqbal Hafiedz Edzral Armin dan (arwah) Edzuan Zakaria.

Nazim jadi 1st speaker dan whip. Aku jadi 2nd speaker. Aku berdiri tak sampai 4 minit, aku bercakap tak sampai 2 minit rasanya.

Dan ya, sebab paling kuat dorong aku redah juga benda ini adalah aku nak jadi pandai barbahasa penjajah ini sebab aku nak ngorat wanita PJ tadi.

Dan akhirnya memang aku jadi pandai.


....Kelas English Dewasa (MUET / iELTS / Kerja) >> MyCambridge.blogspot.com



Tidaklah sampai berslanga ala James Bond tetapi sekurang-kurangnya kalau kau campak aku tengah orang putih aku tak takut.

Nasib baik mak bapak aku sempoi. Mereka sokong dengan cara benarkan aku hadir ke segala latihan dan pertandingan di mana sahaja. Izin tu yang mahal bhai.

Pertandingan debat dunia, Asia dan Australasia aku sampai. Wakil SIFE Malaysia ke Barcelona (ranked top 6 in the world), dan program pertukaran pelajar ke Amerika juga aku merasa.

Dan itu dikecapi selepas beratus-ratus sesi ‘memalukan diri’ depan kawan-kawan, di khalayak ramai dan pergi tournament sepatah haram tak faham apa orang kata sebab mereka cakap laju sangat.

Paling aku bangga – pernah dipanggil ‘ahli neraka’ sebab bertutur bahasa ini di gerai makan dalam kampus.

Ada juga kes, budak yang kutuk aku poyo datang menyembah di bilik minta aku tolong dia siapkan assignment essay.

Entah macam mana aku boleh jadi Presiden Persatuan Bahasa Inggeris UiTM Arau pula.

Perkara utama aku nak sampaikan di sini adalah, lingkungan rakan yang kau sertai akan membentuk kau.

Dan lingkungan itu takkan selalu ada. Edzuan yang memang banyak bantu aku, kini dah pergi menghadap ilahi.

Ingat wanita Sri Aman tu? Beliau juga baru sahaja pulang kepada Sang Pencipta.

Ingatlah. Peluang itu selalu hadir, tinggal kau sahaja nak rangkul atau tidak.

Bila ia berlalu pergi, jangan lagi kau ratapi. Itu adalah akibat kebodohan dan kemalasan diri kau sendiri.



....Kelas English Dewasa (MUET / iELTS / Kerja) >> MyCambridge.blogspot.com




.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Correlation / Regression – Ape kebendenyer maksud R2 tu?

Sebaik sahaja aku ingin melabuhkan punggungku di atas kerusi empok…. Tiba-tiba hp Samsung S2 aku bordering dengan lagu Lamunan Terhenti

Apa lagi….kompom....lamunan aku terhenti seketika…..

Assalamualaikum bro…. boleh wa tanya satu soalan tak bro…

Pagi yang hening….. otak pentium IV aku ni tiba-tiba ingin diuji lagi.

Apa hal….. aper yang ko nak tanya…

Wa buat kajian korelasi dan regressi bro…hubungan IQ dan EQ…..boleh ke wa kata…..

If R2=0.60 (R square = 0.60), then 60% of the variance in IQ can be explained by variation in EQ..or 60% of the variance in IQ can be explained by the variation in EQ. R2 is the percent of the variance in IQ, explained by the EQ.

Perrfect…. Just perfect !!

Tapi bro…. wa masih confused ler… Lu kata dalam linear regression, kita tak boleh buktkan apa2 causation, abis apa maksud “60% of the variance in IQ can be explained by variation in EQ” …. Wa betul-betul tak faham….

Apa yang ko tak faham….

Jika dah 60% variance bagi IQ boleh “diterangkan” oleh variance dalam IQ…. Bukankah itu bukti adalah causal relation antara IQ dan EQ !!

Bukan ko jer yang tak faham…. Wa pun masa ikut kelas statisik dulupun tak faham….. bertahun2 tak faham…. Main tulis jer….

Macam tu ker bro..abis?



Nilai R2 (R square) atau dipanggil “coefficient of determination” membawa maksud “bila IQ berubah (variance ler tu) maka EQ juga berubah (variance jugak ler tu). Maka R2 membawa maksud IQ dan EQ sama2 berubah dalam satu bentuk atau corak yang sama atau sistematik dengan berkongsi 60% persamaan perubahan tersebut.

Ini menunjukkan adanya hubungan (korelasi) antara corak perubahan IQ yang dapat dijelaskan sebanyak 60% oleh perubahan corak EQ. 40% lagi variance antara IQ dan EQ dijelaskan oleh faktor2 yang lain ler....Jika dalam gambarah venn boleh dilukis sebagai:




Jadi tak timbul persoalan IQ menyebabkan sesuatu kesan kepada EQ atau sebaliknya. Kedua2nya hanya berkongsi satu corak variance yang sama secara sistematik sebanyak 60 %.... itu sahaja.... jgn ko nak lebeh2 tafsir ler pula. Atau ko boleh faham macam.....ada sebanyak 60% skor IQ meningkat, sama juga ada 60% skor EQ meningkat (bukan skor IQ yg menyebabkan skor EQ meningkat.....atau sebaliknya tapi masa2 meningkat......). Makin besar peratusan ini, makin kuat salah satu variable tersebut menjadi predictor kepada yang satu lagi....Ingat...kalau dah ada corak perubahan yang sama, bolehlah salah satu jadi peramal.....wa cakap lu.....peramal.. yang baik kepada yang satu lagi... bukan penyebab....

Macam tu ka bro…abis camana nak tahu samada IQ mempengaruhi EQ?

Kalau nak tahu perkara tersebut, lu kena buat kajian eksperimental....bagi mengetahui kesan IQ terhadap EQ. Jika sekadar kajian correlation / regression bukannya reka bentuk experiment….lu hanya mengetahui kekuatan dan arah hubungan antara kedua predictor tersebut...bukannya causal relationship!!


....Upah buat thesis ->> www.MyCambridge.blogspot.com




.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
saya ingin menyentuh sikit tentang strategi mendapatkan material LR dengan cepat, khusus bagi yang baru menjadi calon PhD ataupun master. Mereka yang dah senior tentu sedar teknik ini. Katakan anda mempunyai tajuk bekerja (working title) seperti;

THE DEVELOPMENT OF COMPUTER-ASSISTED LANGUANGE LEARNING (CALL) FOR LEARNING ARABIC USING MOODLE.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mencari beberapa artikel paling terkini (2 - 3 tahun kebelakangan) yang paling relevan dengan tajuk anda.

Dalam mencari jurnal, anda akan sedar samada tajuk anda adalah "a current topic" yang berada dalam mainstream ataupun tajuk syok sendiri yang sekadar melukut ditepi gantang. Pencarian juga akan memberi anda peluang mencari fokus kajian yang lebih baik.

Katakan andapun terrjumpa artikel bertajuk;


"Using Moodle in EFL Courses in a Japanese IT University" (Brian, 2009).


"The spread of computer-assisted language learning (CALL)(Chapbell, 2010).


Ada dua keywords penting dalam artikel di atas iaitu MOODLE dan CALL yang sangat releven dengan tajuk anda. Abis apa nak buat dengan pilot article ini?


Dinamakan pilot sebab artikel ini akan memandu anda mencari tajuk yang lebih fokus... dan berada dalam mainsream. Lagi banyak pilot articles lagi mudah laluan anda dalam mencari fokus dan hala tuju kajian anda.


Katakan pilot artikel ini ada 20 rujukan setiap satu, maka jika 2 pilot akan memberikan anda 40 tajuk kajian lepas dibahagian bibliography / References. Bahan rujukan diakhir muka surat artikel2 pilot ini akan menjadi snow ball kepada rujukan2 yang lain dan snow ball ini terus bergerak apabila anda menjupai lagi pilot artikel amhupun artikel2 yang relevan hingga snow ball tersebut menjadi besar. Jika anda bernasib baik, anda akan menjumpai Pilot Article yang terkini dengan rujukan yang mencukupi untuk anda teruskan pencarian anda ke belakang mengunakan teknik snow ball ini.

Jika anda masih gagal mencari pilot article wpun dah "satu semester" mencarinya, ini bermakna tajuk anda perlukan perubahan....

Kenapa perlu lakukan ini?

Ini kerana anda memerlukan rujukan artikel yang banyak dalam LR anda bagi menyediakan asas yang kukuh utk kajian anda. Dengan pilot article dan process pencarian snowball, anda akan dapat mencari artikel yang relevan dalam masa yang lebih singkat.



>> Upah buat Thesis/Jurnal (Express dgn kaedah Rewrite/Paraphrase) & Membuat RESUME >> MyCambridge.blogspot.com





.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 

5 langkah awal buat calon master / PhD - Literature Search vs Literature Review


 istilah Literature Search (LS) jarang disebut, jarang dibahas…..apatah lagi utk diamalkan…. yang banyak diulas dalam research methodology adalah istilah  Literature Review (LR).

Apa bezanya dua istilah tu?

Aku tak nak ulas istilah LR…. Semua dah tahu, apatah lagi ko pun kena siapkan satu Chapter khas untuk LR dalam thesis…. LR adalah penulisan dan kupasan analitikal dan kritis kajian2 lepas bagi menjustifikasikan apa yang ko buat.

Literature Search adalah langkah awal yang wajib dilakukan oleh siswazah sebaik sahaja mendaftarkan diri, lama sebelum ko boleh menulis LR......namun jarang diberikan penekanan. Jika jumpa kawan2 selalunya ditanya "Apa tajuk kajian ko?"

Abis tu bro, nak tanya apa lagi?

Patutnya tanyalah "Setakat mana dah ko buat Literature Search?" Selagi tak buat LS ni secara intensive jgn ler nak sibuk2 cari tajuk kajian...

Jadi apa LS tu?

LS adalah usaha pencarian material yang perlu dibaca serta dan diteliti dan di explore bagi mengetahui perkembangan dulu dan kini serta perbincangan semasa dalam bidang yang ingin di kaji. Jika ko terfikir utk membuat kajian “computer in education”, ko kena buat “intensive literature search” terlebih dahulu utk menyorot perkembangan aplikasi komputer dalam pendidikan sejak dulu hingga kini supaya ko dapa mengesan gap yang masih perlu dikaji sebagai contribution ko.

Jadi kena buat LS dulu ker bro?

Ko kan tahu,  sebaik sahaja mendaftarkan diri sebagai calon master atau PhD, ramai yang memulakan langkah dengan mencari tajuk yang sesuai untuk dijadikan kajian. Pencarian tajuk dikatakan akan memudahkan lagi pencarian bakal supervisor.  Ialah…. kalau tak ada tajuk macamana nak cari supervisor yang sesuai.

Emm ok…

Tapi ramai juga yang sarankan calon PhD  terlebih dahulu mencari bakal supervisor bagi memudahkan perbincangan dalam pencarian tajuk kajian. 

Emm ok jugak…

Jadi timbul pertanyaan, langkah manakah yang patut didahulukan – mencari tajuk kajian ataupun bakal supervisor?

Aah….. aku fikir buat ler dua2 serentak abis citer !

Kat sinilah silapnya. Aku berpendapat, pencarian bakal supervisor mahupun tajuk kajian bukanlah langkah terbaik sebaik sahaja bergelar calon PhD. Sebab itulah calon PhD takut nak jumpa supervisor sebab tak kuasai apa yang nak dikaji... malah tak surepun apa nak buat. Kalau ada tajuk kajian pun, datang dari ilham bukannya pembacaan yang mendalam. Bila kena sergah sikit je... terus tukar tajuk lain !

Abis tu?


Langkah terbaik bagi calon PhD adalah membuat intensive literature search dahulu. Langkah ini adalah pencarian artikel dalam jurnal yang relevan dengan bidang kajian.

Susahlah macam tu bro…. belum apa2 dah kena baca itu dan ini!

Inilah yang ramai salah tanggap. Kecanggihan ICT dan kemudahan online menjadikan usaha pencarian literatur satu langkah yang semakin mudah yang boleh dilakukan  di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Tambah dgn lap top ko yang canggih tu. Kalau setakat nak ber facebook, tak yahlah yang canggih2. Pencarian literatur adalah usaha mencari rujukan secara komprehensif  dan mengasingkan rujukan yang releven. Sebab itulah ko kena buat kajian dalam bidang yang ko ada pengetahuan supaya ko dapat memahami wpun secara kasar dari artikel2 kajian lepas dan cuba mengumpul2kan semua artikel2 yang relevan. Then apa lagi... ko simpan dulu dalam Desktop Mendeley ko..... barulah kerja2 penulisan proposal dan LR selepas itu menjadi cepat dan efficient.

Nak buat PhD biar clear dari awal.... jgn blur-blur

Abis kat mana nak cari bahan2 tu?

Iskh…. Banyak betullah soalan ko? Apa yang ko buat masa dapat master dulu…. Ko tak buat LS ker? Ko bukak jer web library university ko…. Banyak ler data base online yang disediakan. Ni tak.... kejap2 bukak facebook.... itu jer kejer ko....

Berikut aku bagi sebahagian daripadanya….sumber berikut menyediakan pengkalan data yang lengkap seperti jurnal dan tesis untuk diterokai:

- EBSCOhost
- Emerald
- Proquest Dissertations and Theses
- SAGE Journals online
- World Scientific Computer Science Journals
- Springer Link
- American Institute of Physics
- ASCE Online Journal
- Taylor & Francis Group
 - Wiley InterScience
 - IEEE Xplore
- Oxford Journal
- Water and Science Technology
- Management  Science

Wow banyak nyer!

Memang ler.... dalam data base tu ada ribuan jurnal dan jutaan articles.... Ini belum ditambah dgn buku2 yang membincangkan asas dan theory2 yang ko kena dalami lagi..... seronok per bila jumpa artikel2 yang releven..... Jadi usaha pencarian literatur ini adalah langkah awal yang perlu dilakukan supaya calon PhD mempunyai  asas yang menyeluruh terhadap perkembangan semasa dalam bidang kajian masing-masing. Usaha ini akan memberikan idea dalam mencari jurang-jurang kajian (research gaps) yang masih perlu diterokai sebagai “the contribution to the body of knowledge”. Calon PhD boleh mulakan pencarian dan pembacaan artikel-artikel yang relevan secara ringkas (seperti meneliti abstrak dahulu) sehingga mendapat satu fokus yang sesuai dengan minat dan pengetahuan yang dimiliki.

Tu hanya sebahagian jer lah.... pening dulu tak per asal jgn pening sepanjang jadI calon PhD. Berikut contoh 5 langkah menjalankan LS bagi  kajian Computer in Science Education.....Katakan ko baru buat LS utk 2 sumber sahaja iaitu SAGE dan Wiley, lalu dapat mengumpulkan 150 articles. Then ko lakukan screening lalu berjaya mengumpulkan 40 articles yang relevan dengan kajian ko. Then barulah ko baca 40 articles tu dengan lebih mendalam....Langkah ini hanya sebagai panduan sahaja.... ko bolehlah buat langkah2 ko sendiri....


Step 1:
150 articles screened
(retrieved from keyword and citation searches)
SAGE - Science Education, Journal of Science Education
Wiley - Journal of Science Teaching, Computer in Science Teaching

Step 2:
50 out of 150 articles were excluded
because the articles related to computer programming, not education

Step 3:
100 articles screened for detailed evaluation

Step 4:
60 out of 100 articles were excluded:
20 articles related to computer acceptance not application
10 articles out-dated articles
20 articles inaccessible / not in English
10 non peer reviewed articles

 Step 5:
40 relevant articles retrieved
form SAGE and Wiley included for computer in education studies
(save these articles in Mendeley and back-up in Dropbox !!)


Mengapakah langkah ini perlu dilakukan mendahului langkah mendapatkan supervisor atau mencari tajuk kajian?


Zaman mengumpul printed material macam ni dah berakhir.....digitalised kan cara anda
mengumpul artikel yang relevan dalam DROPBOX dan  MENDELEY  supaya kerja penulisan menjadi cepat dan efficient


Emmm…. Cer lah ko bagi tau..

Ada at least 5 kelebihan yang ko kena tahu…

Pertama:
Pencarian literatur akan membiasakan calon PhD dengan jurnal-jurnal utama, penyelidik-pengarang yang dominan, terminologi utama, perkembangan teori serta analisis data yang sering digunakan dalam kajian terdahulu. Langkah ini akan memberikan idea akan perkembangan semasa dan jurang kajian yang boleh diterokai. Penentuan jurang kajian akan memudahkan calon PhD mencari supervisor yang mempunyai kepakaran yang sama dalam bidang yang berkaitan dengan pengisian jurang kajian tersebut.

Kedua:
Langkah pencarian literatur akan memberikan gambaran awal kepada calon PhD akan pernyataan masalah, objektif, persoalan kajian yang lazim dikemukakan dalam bidang kajian dan sekaligus menghasilkan tajuk kajian yang mantap. Langkah pencarian literatur akan mengurangkan tindakan bertukar-tukar tajuk kajian. Fenomena bertukar-tukar tajuk kajian berlaku kerana calon PhD tidak membuat pembacaan yang menyeluruh dan hanya memilih tajuk berdasarkan andaian atau pembacaan yang dangkal. Apabila tajuk yang dipilih tidak mempunyai rujukan yang mencukupi bagi menyediakan sorotan literatur kemudiannya, maka ramai yang mengambil jalan mudah dengan menukar tajuk kajian.

Ketiga:
Langkah pencarian literatur juga akan menyediakan calon PhD dengan artikel-artikel yang relevan dalam menyediakan proposal.  Artikel-artikel terkini yang relevan boleh menjadi “pilot articles” yang menyediakan senarai rujukan-rujukan lain yang berkaitan. Calon PhD hanya perlu melakukan proses “snowball” bagi mendapatkan lain-lain rujukan yang relevan berdasarkan senarai rujukan dalam “pilot articles” tersebut. Pencarian literatur akan menyediakan senarai rujukan yang secukupnya untuk menyediakan penulisan yang analitikal dan kritis bagi BAB SOROTAN LITERATUR secara khusus dan penyediaan tesis secara umum. Penulisan tesis adalah penulisan ilmiah yang memerlukan rujukan yang lengkap, mencukupi termasuklah yang bersifat semasa sebagai tulang belakang kajian yang dijalankan.

Keempat:
Langkah pencarian literatur juga akan mendedahkan calon PhD kepada reka bentuk kajian, teknik persampelan, analisis data serta dapatan utama dalam kajian-kajian terdahulu. Ini akan memudahkan calon PhD mempersiapkan diri dengan membuat pembacaan yang lebih mendalam terhadap aspek-aspek tersebut.  Calon PhD boleh mengambil langkah pro-aktif dengan mengikuti bengkel yang dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman seperti bengkel SPSS untuk analisis data.

Kelima:
Langkah pencarian literatur akan meningkatkan keyakinan calon PhD untuk memulakan perbincangan secara lebih komprehensif dengan bakal supervisor dengan mengajukan pertanyaan secara yang lebih khusus dan menjurus kepada kajian yang akan dijalankan. Justru itu, calon PhD  akan mendapat maklum balas yang lebih lengkap dan signifikan.

Ko kena tahu bro….master atau PhD adalah pengajian “student-and-research centered” yang memerlukan ko kehadapan dalam menguasai bidang kajian bukannya supervisor yang hanya bertanggungjawab membimbing berdasarkan pengalaman yang mereka miliki. Tidak kira siapapun supervisor dan apapun tajuk kajian, calon PhD lah yang bertanggungjawab terhadap kajian yang dijalankan.

Aah patutlah ramai calon PhD yang tidak melakukan pencarian literatur teraba-raba mencari arah, kerap kali bertukar tajuk serta gagal mengadakan  perbincangan yang produktif setiap kali bertemu dengan supervisor. Bila supervisor tanya sikit dah menganga tak tahu nak jawab.....

Tahu tak per….. jadi bila ko jumpa jer junior2 ko yang baru daftar master atau PhD.... ko tanya..."Bro.... dah buat literature search ke?" "Berapa ratus artikel dah dikumpulkan" "Dah save dalam Mendeley ker?" "Dah buat backup dalam dropbox?" dan pertanyaan2 yang sewaktu dengannya.... bukan lagi "Apa tajuk kajian ko bro?"


....Upah buat Thesis / Jurnal >> http://www.MyCambridge.blogspot.com






.



__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Kenapa PhD mesti tebal?

Aku suka karipap yg kulitnya nipis..
Ramai yang kecoh2 PG mesti baca jurnal sampai beratus… malah beribu artikel.. tak PhD kalau tak membaca sampai menangis… malah baca buku mesti dari kulit ke kulit… baca sampai ke artikel akar umbi… malah kalau buat proposal mesti sampai beratus mukasurat sebelum boleh defense… LR dalam proposal pulak mesti tebal2, mendalam dan semua tu mesti ada supaya sampai tahap PhD !

Betul ke?

Aku cuma nak tanya… kalau itulah kebenarannya, baik wujudkan sahaja PhD dgn coursework… tak yahlah sibuk2 tulis proposal ratusan mukasurat, gantikan saja dengan tugasan siapkan 10 review paper dgn setiap paper mesti review 50 -100 artikel. Kalau boleh tambah lagi kupasan 10 buku dan setiap kupasan mesti melebihi 300 pages ! Kalau beginilah baru dikatakan maqam PhD… kenapa tidak?

PhD dan research.
Pengetahuan boleh dicari dgn tugasan2 yang disebutkan diatas… malah ramai yang boleh membaca dan mendalami banyak perkara tanpa PhD pun. PhD dan research tak dapat dipisahkan. Research adalah satu kemahiran unik. Membaca jurnal dan apa sahaja rujukan utk membuat research lebih bertujuan menjustifikasikan keperluan kajian yang dilakukan dgn menjurus hasilnya kepada sumbangan utk lebih memahami pengetahuan semasa. Kemahiran membuat research dgn teliti dan memahami setiap langkah yang diambil serta aspek2 methodology itulah yang menjadi keperluan adanya research dalam PhD, bukan LR yang menjela yang perlu dicungkil sampai ke akar umbinya.

Proses membuat kajian inilah yang perlu diletakkan keutamaan.. dipantau utk dikuasai PG… dan sebahagian besar masa diperuntukkan utk kajian dijalankan dgn teliti… lalu meningkatkan validity dan significant dapatan utk dikongsi dalam jurnal berimpak tinggi. Sebab itu jugalah artikel2 perlukan dapatan yang hebat dgn teori yang precise dan concise sahaja, bukan yang mnjela2 dan bergulung2 macam roti jala.

PhD tidak akan lebih baik dgn membaca 1000 artikel sehingga dicari asal usulnya tapi PhD yag baik berasaskan kajian dan pilihan bacaan yang teliti yang akhirnya memberi “wisdom’ dan ‘insight’ kepada pengetahuan yang ada, mempersiapkan diri sebagai independent researcher selepas bergraduat. Malah… tiada masalah pun kajian yang hanya berasaskan teori semasa yang simple tetapi dikaji secara teliti dan mendalam sebagai proses latihan menjadi researcher yang kompeten.

Kajian PhD yang hebat2 datang dari idea yang hebat….penerokaan ilmu yang novel... yang menyumbang kepada kemajuan pengetahuan menuju masa depan.... bukan dari pembacaan meleret yg dibuat2… dan apa masalahnya tesis PhD yang nipis tetapi menghasilkan dapatan yang lebih “mengancam” ?
Aku lebih suka karipap yang kulitnya nipis supaya terasa inti di dalamnya dari karipap yang kulitnya tebal…mengelembong akibat terlebih tepung!


... Khidmat Proofread & Terjemahan B.M - English (Jurnal,Thesis,Abstrak, Website) ->> www.MyCambridge.blogspot.com





.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Adakah SV kompeten ?

Mesej ni baru saya terima....
"... And now after the PD i felt like giving up entirely and quit my study. At the first place i wanted to do experimental method for my research, but in semester 2 my supervisor asked me to change the RD to qualitative approach. To my surprise during the defense all the panelist would have agree that my research is more approachable using the experimental method and now im back to square one.
How do i even combine qualitative with quasi. Perhaps if u have any nearby workshop u can inform me since i am keen to meet u And i do hope that i can show u my writing and hoping to hear your feedback. Since the panelist cannot see the relevance of my research. I am so dissapointed and break down right now.
All my hardwork for the past year didnt get any credits. To an extend, i do feel like quitting.."

Komen ringkas:
1. Ini yang selalu saya tulis, ada SV yang kompeten dalam RD kajian dia sahaja maka apa sahaja masalah mesti ikut RD yang dia familiar.
2. Apa guna ada 3 assigned SVs kalau perkara sebegini boleh berlaku?
3. Betapa PG membuang masa, tenaga dan motivasi bila disyaratkan menyediakan proposal tebal2 persis mini thesis yang kemudiannya ditolak oleh panel PD.
4. Konsep menyediakan proposal begini dah lapuk dan patut diganti dgn simple dan brief proposal utk beberapa pages tetapi perlu dibentang dalam komiti beberapa kali sebelum PD.
5. Nature kajian quali dan quanti sangat berbeza dan tak sepatutnya berlaku kesilapan.


...Khidmat Terjemahan BM - English (Sijil,Jurnal,Abstrak,Tesis) & Proofread >> MyCambridge.blogspot.com
...Upah buat Thesis/Jurnal (Express dgn kaedah Rewrite/Paraphrase) & Membuat RESUME >> MyCambridge.blogspot.com




.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Kisah 1 - Satu message yang aku terima…dalam ShoutMix aku…spt berikut:



Aku tak dapat bayangkan bila pelajar dah baca 50 artikel tapi tak jumpa2 GAP…. Sedangkan setiap artikel mengupas kajian sambil membincangkan latarbelakang kajian, the known and the unkown, variables, models hatta the future research. Pelajar boleh combine variables, ambil satu theory apply dalam different contact, hybrid the theories, upgrade dgn bina new model, validated the instruments dll…

Bila aku baca message tersebut…. Byk soalan dari jawapan yang aku dapat

Soalan apa?

Research adalah proses belajar …. dimulakan dengan LITERATURE SEARCH….yang asasnya membaca secara INTENSIVE dan EXTENSIVE. Membaca melibatkan berfikir supaya dapat menguasai apa yang dibaca.

Maka akupun terfikir….. apa pula jika pelajar tidak membaca secara intensive.... sedang yang membaca pun tak tahu apa nak buat? Terfikir lagi..... mana perginya SV yang bimbingannya diperlukan.....

Kisah 2 – Potensi supervisee
Pagi tadi aku menghirup kopi sambil bersembang dgn seorang calon PhD sebuah IPTA.. yang dah 3 semester. Dia menjelaskan bahawa kajiannya adalah bbentuk eksperimen utk lihat keberkesaan pengajaran satu subjek “kenegaraan” terhadap self-improvement dan jati diri pelajar menggunakan soal selidik.

Aku termangu… kerana selepas 3 semester, calon PhD tersebut mengaitkan eksperiment dgn survey dan soal selidik…. mcm tak kena jer. Aku dengar sekali jer dah tahu…. pelajar tersebut tidak mendapat gambaran yg jelas antara kajian eksperimen dan survey….. takkan SV tak nasihatkan apa2…..lantas aku terus bertanya…. Mengapa buat survey sesuatu yang terlalu abstrak…. Sedang dia boleh melakukan kajian kualitatif….

Apa jawapan pelajar tu?

Dia kata…. SV suruh dia fikirkan kajian survey hanya kerana SV cenderung kearah quantitative. Pelajar tupun diminta membaca….dan membaca…..tanpa arah tujuan.

Setelah berkenalan lanjut aku dapati pelajar tersebut yang juga pensyarah IPTA banyak kelebihan ….bukan sahaja dia expert subject “kenegaraan” tersebut….. dia juga mengenali ramai pakar (sebahagiannya adalah kenalan beliau) dalam bidang "kenegaraan"dan kenapa tidak menggunakan kelebihan tersebut bagi menjalankan kajian kualitatif yang lebih mengupas isu yang nak dikaji secara mendalam… sambil menemuduga pakar2 tersebut. Sementelahan beliau pula tidak arif tentang SPSS malah tidak ada lagi instrument (soal selidik) utk kajian yang kononnya bersifat survey tersebut. Lagipun objektif kajian lebih memerlukan kupasan qualitatif bukan kuantitatif..

Jadi apa kesimpulan ko?


Aku nak masing2 buat ler kesimpulan sendiri…. itu lebih adil….


2. Khidmat Terjemahan BM - English (Abstrak, Thesis, Jurnal, etc)

3. Khidmat Proofread (semak & edit - buku, report, speech, etc)

4. Service Transcribe ( Tukar Audio/Video > text/Words ) - Survey, Minit Mesyuarat, Lecture

5. Upah Membuat Thesis/Jurnal EXPRESS (melalui kaedah Rewrite/Paraphrase)

6. Khidmat buat Resume / CV (English / BM) & Carikan Kerja




>> Maklumat Lanjut disini >> www.MyCambridge.blogspot.com







.



__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Tajuk 826 - Not ALL research is about “MEASUREMENT” !
Aku ni “quantitative person”. I play with numbers. Kajian master / PhD aku juga quantitative. Aku juga penulis buku quantitative - SPSS. Namun, aku “getik” bila ada yang meremehkan kajian qualitative hanya kerana “tiada nombor yang berceranggah” dalam kajian qualitative.
Not ALL research is about “measurement” !

Meh baca ni baik-baik….

Quantitative:
Jika objektif kajian anda untuk mendapatkan data bagi sesuatu isu / masalah spt tahap pengetahuan, factor utama sesuatu amalan, skor pencapaian maka kajian kuantitatif adalah yang TERBAIK..
TUJUAN KAJIAN DISINI ADALAH “MEASUREMENT” menggunakan alat ukur / instrument utk mendapatkan data bagi mengetahui hubungan / mbandingkan variables then btujuan membuat generalisasi.

Qualitative:
Jika objektif kajian anda adalah utk membuat perbincangan yang mendalam terhadap sesuatu isu / masalah spt budaya, amalan kejayaan, pengalaman pemulihan dadah dll maka kajian kualitatif adalah yang TERBAIK.

TUJUAN KAJIAN DISINI “ISN’T MEASUREMENT” tetapi perbincangan yang detail dan mendalam utk MEMAHAMI fenomena yang dikaji, lalu generalisation is not the main concern !



...Khidmat Terjemahan / Proofread Thesis, Jurnal & Upah membuat Thesis -> www.MyCambridge.blogspot.com





.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Research Gap.... pulak dah >
Disatu meja disebuah cafe di Canselori.... berlaku perbualan berikut yang bicarakan research gap spt definisi dalam photo. Tqvm yang berikan definisi tersebut....

X: Adakah ini bermakna kajian yang dibuat wpun telah diterima dan published dalam artikel masih ada kelompongan sana sini.

Y: Aah.... kelompongan tu apa yang kajian lepas tu tak buat lagi.

X: Mana u tahu apa yang tidak dibuat lagi?

Y: Sebab tu kena baca sampai 1000 artikel baru tahu, kat mana kelompongan tu...

X: Camner nak cari tu... sampai 1000 artikel nak baca?

Y: Yang itu pandai2 sendirilah.... bacaaaaa jer.. baca dan baca dan baca.... sampai cukup.... sampai jumpa kelompongan, yang tak dibuat lagi..

X: O... camtu plak.... abis kalau cari yang tak dibuat lagi… macamana u nak tulis LR kalau yang u buat tu belum dibuat lagi?

Y: Bukanlah macam tu…. maybe dah dibuat tapi kita buat pulak dalam konteks berbeza….

X: Hah? Dah ubah pulak definisi kelompongan? Iskhh.... kenapa pulak u nak buat konteks yang berbeza?

Y: Sebab itu tak dibuat lagi?

X: Tu jer sebabnya? Ic....

Y: Aah.... kadang2 bukan saja ubah konteks…. maybe guna variable yang tak digunakan lagi.

X: Memanglah kajian lepas tak guna, sebab mereka guna apa yang berkaitan dgn kajian mereka sahaja, apa kena mengena dgn variable lain. Kenapa pulak u nak guna variable yang lain?

Y: Kita ubahlah kajian sikit dan guna variable lain.

X: O… maksudnya kelompongan tu yang kajian lepas tak buat macam tu…. memanglah dia buat kajian yang dia buat tu, sampai published… tentulah dia tak buat apa yang u fikir u nak buat. Ini bukan kelompongan, ini u saja nak ubah2…tak yahlah susah2 nak baca sampai 1000 artikel

Y: Ala u tak faham maksud research gap tu…

X: Abis signifikan dan novelty camner pulak?

Y: Kalau dah jumpa gap macam ubah konteks dan variable… itulah kajian yang signifikan dan ada novelty yang bukan duplikasi..

X: Setakat tukar konteks… atau setakat guna variable lain ada jaminan ke signifikan dan novel, atau publisable?
Bagaimana pulak jika ada isu semasa yg terkini dan terhangat berlaku dalam bidang kajian u.... nak kena cari kelompongan dulu jugak ker? Kena baca 1000 artikel dulu ker?

Atau jika ada keperluan utk revised instrument pulak... itu pun kena baca jugak ke 1000 artikel dan cari kelompongan dulu?

Y: Alamak.... susah lah nak explain dgn U ni…

X: Kenapa susah nak explain?

Y: Kalau senang bukan PhD namanya…



...Servis Upah buat Thesis (Rewrite) , Transkripsi Audio -> Text, dan khidmat buat Resume -> www.MyCambridge.blogspot.com



.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Leftenan Kolonel
Status: Offline
Posts: 691
Date:
Permalink  
 
Adakah draft thesis mesti SEMPURNA dan LAIN dari yang lain ?
Aku nak menulis skit pasal 2 saranan yg aku baca supaya….

Pertama: Jgn hantar draft selagi tak sempurna

Research bukan bermatlamatkan kesempurnaan. Research hanya satu usaha utk mendapatkan jawapan yang boleh menjelaskan part and partial sesuatu fenomena atau penyelesaian masalah mengikut prosidur pengumpulan dan analisis data yang bersesuaian. Ini menjelaskan mengapa research dilakukan berulang kali dalam topic yang sama tetapi dgn beberapa modifikasi.
Presentation di Aaolborg University, Denmark, Okt 2014


Tiada research yang sempurna, begitu juga penulisan thesis…. lebih2 lagi diperingkat PG. Tak percaya bagilah mana2 tesis minor / major correction yang telah di”sempurna”kan kepada penilai yang lain…. anda akan dapati wujud lagi kekurangan di sana sini… malah berbalah sesama panel akan sesuatu aspek dalam thesis adalah suatu lumrah malah acap terjadi dan sesuatu yang normal – jadi milik siapakah kesempurnaan itu?

Kesempurnaan tak wujud bukan sahaja pada draf . Questionnaire pun tidak sempurna. Setiap satu item dlm questionnaire mempunyai error…. Begitu juga dgn analisis data yang semuanya berasaskan estimation, bukan perfection. Pemilihan sample yang walaupun random tetapi masih mengikut probability… apatah lagi yang bukan random dgn kewujudan extraneous yang tidak boleh dikawal?
Tugas PG adalah utk menyediakan draft yang lengkap….dari segi structure.... format… kandungan - selebihnya adalah tugas SV utk menyemak dan verify standard draft tersebut berdasarkan “pengalaman” dan “expectation” SV. Thesis sebagai manuskrip hanyalah “partial requirement” bagi mendapatkan master / doctorate kerana pengetahuan dan pengalaman menjalankan kajian tidak dapat dicatatkan dalam thesis.

Jadi hantarlah draft thesis yang lengkap dari segi structure, format dan kandungan bagi menepati kriteria sebuah thesis yang baik bukan yang “sempurna”. Pastikan draft tersebut bukan dibuat secara CINCAI dan dangkal…… ditambah dgn kesalahan ejaan dan format citation yg tak sepatutnya berlaku.

Kedua: Jgn replicate kajian yang sudah dilakukan !

Research lebih2 lagi pada peringkat PG adalah replicated. Theory…. analisis data…. semuanya replicated…melainkan dilakukan sedikit modification disana sini bersesuaian dgn objektif kajian. PG masih dalam fasa belajar…. fasa mamahami…. fasa latihan akademik tahap tertinggi…. malah sebahagian besarnya bermula dari “zero”.... maka kajian mahu tidak mahu adalah satu replikasi sebahagian aspek dari kajian lepas…. bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku secara intensif…. dalam bidang kajian masing-masing…. dgn modifikasi yang dilakukan boleh diterima sebagai contribution to knowledge…

Ketahuilah bahwa PG diberikan seorang SV kerana mereka masih novice ! Seorang novice yang dilatih utk jadi expert dalam dunia research sgt memerlukan highly personalized experienced melalui latihan menjalankan research. Namun…. research bukan terhenti selepas mendapat PhD…pintu membuat research tidak pernah tertutup selepas graduated….maka sebab itulah tujuan PG membuat research adalah lebih kepada membina skills melalui proper research and realistic expectation …



....Khidmat Terjemahan Jurnal & Abstrak, Proofread & Rewrite/Buat Thesis ->> MyCambridge.blogspot.com




.

__________________

http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

 
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard